awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKDM catat kutipan hasil RM76.18 bilion pada 2025, lebih RM8.93 bilion daripada sasaran
Runtuhan tapak pelupusan sampah di Filipina ragut satu nyawa, 38 masih hilang
Kementerian Pertahanan Syria umum gencatan senjata di utara Aleppo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 krew diculik, kapal kargo pukal AS diserang lanun di Teluk Guinea

Bernama
Bernama
04/05/2023
10:25 MYT
3 krew diculik, kapal kargo pukal AS diserang lanun di Teluk Guinea
Tiga anak kapal yang diculik adalah kapten dan pegawai kedua dan ketiga, menurut Bilik Krisis Antarabangsa 360. - Gambar hiasan/Reuters
DOUALA (Cameroon): Kapal kargo pukal Amerika Syarikat (AS) diserang dan tiga anak kapalnya termasuk kapten diculik di luar pantai Gabon di Teluk Guinea, menurut agensi maritim pada Rabu.
"Tiga anak kapal diculik semalam apabila Grebe Bulker, sebuah supramax yang dibina pada 2010 milik Eagle Bulk, diserang lanun sejurus selepas tengah malam di Owendo Anchorage di Gabon," lapor Agensi Anadolu memetik Geneva Dry, persidangan perkapalan komoditi utama dunia.
Sementara itu, 17 anak kapal lain dilaporkan selamat semasa serangan itu.
Tiga anak kapal yang diculik adalah kapten dan pegawai kedua dan ketiga, menurut Bilik Krisis Antarabangsa 360, sebuah platform pengurusan risiko dan krisis.
"Mereka diculik oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali," menurut sumber yang enggan namanya disiarkan.
Pihak berkuasa tempatan menghantar bot peronda dua jam setengah selepas serangan itu, lapor media tempatan.
Teluk Guinea, laluan maritim antara Senegal dan Angola sudah sekian lama menjadi lokasi kegiatan lanun.
Menurut PBB, bagaimanapun, kegiatan lanun maritim telah menurun sejak April 2021.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kapal kargo
#rompakan lanun
#Teluk Guinea
#Grebe Bulker
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan