3 lelaki dipercayai penculik ditembak mati di perairan Lahad Datu

Astro Awani
Disember 8, 2016 23:48 MYT
Kejadian dipercayai berlaku ketika kumpulan itu cuba melakukan penculikan di kawasan perairan antara Merabung-Bakapit, dekat Lahad Datu kira-kira 10 malam tadi.
Tiga lelaki dipercayai kumpulan penculik ditembak mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di Sabah, malam tadi.
Seorang anggota keselamatan daripada Batalion 14 Pasukan Gerakan Am (PGA) turut mengalami kecederaan pada bahagian kaki dipercayai terkena tembakan.
Kejadian dipercayai berlaku ketika kumpulan itu cuba melakukan penculikan di kawasan perairan antara Merabung-Bakapit, dekat Lahad Datu kira-kira 10 malam tadi.
Memetik laporan atas talian media tempatan, dua lagi suspek diberkas manakala seorang lelaki dipercayai mangsa culik berjaya diselamatkan.
Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abd Rashid Harun ketika dihubungi memaklumkan pihaknya akan mengadakan sidang media jam 10.30 pagi ini, dipercayai berkaitan kes berkenaan.
#Lahad Datu #pasukan keselamatan #PGA #Sabah #tembak mati