awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Diplomasi Orde Baharu Antarabangsa perlukan komunikasi berkesan
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 maut nahas tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
05/08/2022
01:40 MYT
3 maut nahas tiga kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat
Keadaan kenderaan yang mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat malam tadi. -JBPM
ROMPIN: Tiga maut manakala empat lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat, Rompin, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azahari Mukhtar berkata, kejadian kira-kira jam 8.50 malam itu telah meragut nyawa Abdul Raziz Mohdal, 40, Mohd Khairol Md Tahir, 36, dan Zairulzaimy Jambi, 18.
Nahas membabitkan sebuah treler, kereta Proton Iswara dan Perodua Axia.
Keadaan kenderaan yang mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat malam tadi. -JBPM
Keadaan kenderaan yang mengalami kerosakan teruk akibat kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Jalan Kuantan-Segamat malam tadi. -JBPM
"Siasatan awal mendapati treler bergerak dari arah Kuantan menghala ke Segamat.
"Apabila sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kereta Proton Iswara dari arah Segamat dipercayai masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan treler.
"Kemalangan itu menyebabkan treler hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Perodua Axia dan terus terjatuh ke bawah cerun di sebelah kanan jalan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Azahari berkata, akibat kemalangan itu, kelindan treler, Abdul Raziz; pemandu Proton Iswara, Mohd Khairol; dan penumpang belakang Iswara, Zairulzaimy meninggal dunia di tempat kejadian.
"Empat mangsa lain iaitu pemandu treler, dua penumpang Iswara dan pemandu Axia yang cedera dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk mendapatkan rawatan," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.
Anggota bomba membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.
Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pahang Zulfadli Zakaria berkata, seramai 15 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) MUadzam Shah dan BBP Chini, Pekan ke lokasi kemalangan untuk operasi menyelamat dan mengeluarkan mangsa.
Tambahnya, pasukan bomba bertindak membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit dengan menggunakan peralatan khas.
"Mangsa yang cedera diserahkan kepada pasukan kesihatan untuk rawatan manakala mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," katanya.
Topic Berkaitan
#Abdul Raziz Mohdal
#Mohd Khairol Md Tahir
#Jalan Kuantan-Segamat
#nahas tiga kenderaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan