awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekelas

Bernama
Bernama
31/01/2023
15:27 MYT
3 pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekelas
Mangsa memaklumkan telah dipukul oleh tiga rakan sekelas, semasa berada di sekolah terbabit kira-kira 1.45 tengah hari. - Gambar hiasan
KOTA BHARU: Polis menahan tiga pelajar sebuah sekolah menengah, di sini, bagi membantu siasatan kes pukul rakan sekelas.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud berkata penahanan tiga pelajar berusia 14 hingga 15 tahun itu, dibuat selepas pihaknya menerima laporan mengenai kejadian tersebut yang dibuat oleh ibu mangsa pada 7.51 petang semalam.
Beliau berkata berdasarkan keterangan ibu mangsa, anak lelakinya yang berusia 14 tahun memaklumkan telah dipukul oleh tiga rakan sekelas, semasa berada di sekolah terbabit kira-kira 1.45 tengah hari.
"Siasatan awal dapati punca pergaduhan berlaku kerana saling mengejek semasa berada di dalam kelas.
"Mangsa yang mengalami sakit pada bahagian badan telah mendapat rawatan pesakit luar di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian," katanya menerusi kenyataan media, hari ini.
Mohd Rosdi berkata susulan itu, polis menahan tiga pelajar yang terlibat di dalam kejadian itu.
"Mereka direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 506/323 Kanun Keseksaan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes buli
#Kelantan
#pukul rakan sekelas
#ejek jadi punca
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan