awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3 tips berhenti rokok buat orang muda

Ian Johan Ariff
Ian Johan Ariff
02/01/2019
01:25 MYT
3 tips berhenti rokok buat orang muda
Straight Edge adalah falsafah hidup yang mudah untuk mengamalkan gaya hidup bebas rokok, dadah dan alkohol.
LARANGAN merokok di premis makanan sudahpun berkuat kuasa semalam dan mungkin sudah tiba masa juga untuk anda berhenti merokok.
Bagaimanapun, berhenti merokok bukannya mudah namun masih ada harapan buat orang muda yang baru bermula hanya kerana tekanan rakan sebaya di sekolah, kolej atau universiti.
Salah satu pergerakan atau gaya hidup yang menyelamatkan golongan muda daripada merokok adalah falsafah ’Straight Edge’ yang bermula di Amerika Syarikat pada awal 80-an.
Antara orang terkenal yang berjaya mengubah gaya hidup mereka dengan mengamalkan gaya hidup ‘Straight Edge’ adalah James Hetfield dari Metallica, pelakon, Bradley Cooper dan bekas bintang gusti WWE, Phillip Jack Brooks ataupun lebih dikenali dengan nama CM Punk.
Drug Free Malaysia antara yang menggunakan falsafah dan budaya ’Straight Edge’ untuk memperjuangkan gaya gidup sihat dan positif dalam kalangan orang muda.
Mereka menyediakan beberapa tips untuk berhenti merokok dan ini antara tiga yang diberikan Presidennya, Khai Aziz.
1. Aktifkan diri dengan pergerakan anti merokok, sertai mereka dan lakukan aktiviti.
Pergerakan straight edge wujud di seluruh dunia di mana mereka berkempen melalui muzik, fesyen dan penulisan untuk membantu perokok berhenti merokok.
2. Bergaul dengan kerap bersama mereka yang tak merokok.
Selalu berpesan kepada diri sendiri untuk tidak merokok, tuliskan pada buku, Facebook dan pada pakaian setiap masa anda dengan mesej ini. Pakai baju anti syarikat tembakau, jam, beg atau apa sahaja yang melambangkan anda seorang pejuang anti syarikat tembakau. Wujudkan pergerakan dan berkempen di tempat anda, biar semua orang tahu anda sedang melawan syarikat besar.
3. Bayangkan muka orang yang kita tidak suka yang merokok, sudah pasti kita tidak mahu menjadi sama seperti orang yang kita tidak disukai.
Kepada golongan muda mahupun sudah berusia di luar sana mempunyai impian bebas rokok, Khai Aziz dari Drug Free Malaysia mampu memberikan tips kepada mereka yang ingin keluar daripada gaya hidup yang tidak sihat itu.
Khai yang sudah lebih 20 tahun memperjuangkan gaya hidup sihat untuk golongan muda di Malaysia menggunakan muzik keras seperti punk dan hard core sebagai senjata utama memerangi gaya hidup negatif.
Perjuangannya mendapat pengiktirafan organisasi bebas dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Amerika Syarikat, United Kingdom dan Australia di mana dokumentari kisah hidupnya turut diterbitkan.
Siapa sangka golongan ini yang sebenarnya mengamalkan gaya hidup positif, tidak seperti yang dilaporkan media lain yang sering menjadikan mereka musuh masyarakat.
Topic Berkaitan
#Bradley Cooper
#CM Punk
#drug free malaysia
#James Hetfield
#khai aziz
#larangan merokok
#straight edge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan