[TERKINI] Ketegangan Memuncak: Iran Lancar 9 Serangan ke Atas Israel dalam 24 Jam. Ikuti laporan terkini di sini.
NATIONAL

30 gerai di hadapan Wisma Yakin dijilat api

Asyraf Roslan 20/05/2019 | 20:51 MYT
lebih 30 buah gerai sudah terbakar sepenuhnya dan anggota mengambil masa 20 minit sebelum kebakaran dapat dikawal sepenuhnya - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat
Dianggarkan 30 gerai di hadapan Kompleks Wisma Yakin di Jalan Masjid India di sini yang menjadi lokasi pilihan untuk membeli belah musnah dijilat api pada awal pagi Selasa.
Kebakaran berlaku kira-kira jam 1.44 pagi.
Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.35 pagi.
"Seramai 48 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, Pudu, Sentul dan Hang Tuah bergegas ke lokasi.
"Setibanya di lokasi pada 1.44 pagi, terdapat lebih 30 buah gerai sudah terbakar sepenuhnya dan anggota bomba mengambil masa 20 minit sebelum kebakaran dapat dikawal sepenuhnya," katanya.
Kebakaran telah berjaya dikawal kira-kira 20 minit oleh anggota Bomba. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Mengulas lanjut, kenyataan itu juga berkata punca kebakaran dan jumlah kerugian masih di dalam siasatan.
Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kebakaran masih dalam siasatan.
Antara gerai yang terbakar pada kejadian awal pagi Selasa. - Foto Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
#bomba #jabatan bomba #JBPM #kebakaran #kemalangan #Masjid India #pelancongan #Wisma Yakin