Skip to main content

Malaysia

30 Julai cuti am sempena pertabalan Agong

81561693012_Agong.jpg
Kerajaan mengumumkan hari Selasa, 30 Julai 2019 diisytihar sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh negara sempena Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Kenyataan rasmi telah dimuat naik Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Ismail Bakar ke laman Instagram peribadinya, hari ini.

โ€œAdalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada Selasa, 30 Julai 2019,โ€ kata Ismail dalam kenyataan itu.

Perkara ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Perlepasan Am 1951, Akta 369 bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil mengikut undang-undang negeri masing-masing.

Must Watch Video