PULAU PANGKOR: Kira-kira 30 peratus petugas barisan hadapan dalam sektor pelancongan telah divaksinasi setakat ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata pihaknya sedang berusaha sedaya upaya mengumpul maklumat mengenai tahap vaksinasi kelompok pemain industri di kawasan tumpuan pelancong di seluruh negara.
"Kita dalam proses kumpul nama mereka termasuk yang sudah mendaftar dengan MySejahtera untuk segera divaksin. Ini termasuk di Melaka, Pulau Pinang, Johor, Sabah, Kuala Lumpur dan Pahang, khasnya petugas barisan hadapan sektor pelancongan, kraf dan kesenian.
"Walaupun sudah daftar dengan MySejahtera, kita akan cuba bantu mempercepat dan menggandakan bilangan yang divaksinasi," katanya dalam lawatan kerja ke Program Vaksinasi di Pulau Pangkor di bawah Inisatif Program COVID-19 Free Destination di sini hari ini.
Nancy berkata petugas barisan hadapan sektor pelancongan seperti pemandu teksi dan pekerja hotel perlu divaksinasi sebagai langkah persediaan menyambut pelancong, dan kerana itu promosi vaksinasi perlu dilipatgandakan lagi.
"Kita di Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) membantu usaha menggandakan bilangan masyarakat termasuk petugas barisan hadapan sektor pelancongan agar divaksin dengan cepat, kerana belum ada lagi negeri yang capai 40 hingga 50 peratus (jangkauan komuniti untuk penerimaan vaksin)," katanya.
Sementara itu, Nancy dalam satu kenyataan berkata Pulau Pangkor dijangka mencapai sasaran 80 peratus tahap imuniti kelompok menjelang awal September depan.
"Di Pulau Pangkor, 8,026 penduduk layak menerima vaksin daripada jumlah keseluruhan 11,500 populasi dengan seramai 1,056 orang telah lengkap dos kedua manakala 1,002 telah menerima suntikan dos pertama sejak 11 Julai lepas dan 5,968 orang masih belum menerima vaksin.
"Berdasarkan rekod Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) Daerah Manjung, pemberian dos pertama dijangka selesai pada 8 Ogos dan ia akan disusuli dengan pemberian dos kedua mulai 13 Ogos depan, yang menjadikan Pulau Pangkor dijangka mencapai 80 peratus imuniti kelompok pada awal September ini," katanya.
Sementara itu Nancy berkata Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Manjung telah memulakan program outreach tiga hari seminggu untuk tempoh lapan minggu berturut-turut mulai 16 Julai lepas dengan sasaran kapasiti pemberian vaksin seramai 540 orang sehari.
Beliau berkata Pulau Pangkor yang juga Pulau Bebas Cukai (PBC) dipilih menjadi sebahagian daripada projek rintis Program Destinasi Bebas COVID-19 dalam fasa dua Pelan Pemulihan Pelancongan.
MOTAC dalam kenyataannya pula berkata pihak kementerian telah menyediakan rangka untuk menghidupkan kembali sektor pelancongan dalam tiga fasa selari dengan Pelan Pemulihanan Negara (PPN), bagi membantu kerajaan mempercepatkan program vaksinasi dan seterusnya menjayakan Program Destinasi Bebas COVID-19.
Untuk fasa pertama, Langkawi dan Kuching telah dipilih sebagai destinasi rintis bagi program itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 25 2021
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri (kiri) melihat proses pelaksanaan vaksinasi ketika mengadakan lawatan kerja di Pusat Vaksin Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Pulau Pangkor hari ini. - Foto BERNAMA
Banjir: Pakai jubah di PPS ambil 'vibes' konvokesyen
"Saya pakai jubah di pusat pemindahan sementara (PPS) untuk merasai 'vibes' konvokesyen," kata mahasiswa Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Durratul Alia Mohd Kamil, 24, yang terjejas banjir.
Planworth tawar pembiayaan alternatif hingga RM20 juta sokong PMKS
Pembiayaan ditawarkan kepada mereka yang mendapat tawaran kontrak atau sebut harga dari kerajaan, GLC dan syarikat swasta.
AWANI Ringkas: Beregu campuran negara mara ke final
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sifat materialistik adalah malapetaka masyarakat - Dr Maza
Manusia pada masa kini cenderung mengutamakan nilai materialistik, termasuk dalam bidang perubatan.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Menurut Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, keadaan ini adalah satu malapetaka dalam kehidupan yang perlu segera diatasi sebelum memberi kesan yang lebih buruk kepada masyarakat.
Jangan lewatkan urusan jenazah jika tiada keperluan - Dr Maza
Islam tidak menganjurkan untuk menyimpan jenazah terlalu lama sehingga mendatangkan kemudaratan kepada jasad jika tiada alasan munasabah.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin ini kerana Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara.
Polis kenal pasti pemilik kenderaan langgar tiang LRT
Polis telah mengenal pasti pemilik kenderaan yang terlibat dalam kemalangan melanggar tiang Transit Aliran Ringan (LRT), Khamis lalu.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir bermula Isnin ini
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) maklumkamn, lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula Isnin ini hingga 19 Disember.
[TERKINI] Tang Jie-Ee Wei mara ke final di WTF 2024
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya melangkah ke perlawanan akhir pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) 2024 di Hangzhou China.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
Kejayaan itu dicapai selepas menewaskan rakan senegara, Goh Soon Huat-Shevon Lai dengan keputusan straight set 21-15, 21-12 dalam masa 42 minit pada Sabtu.
'Ini beg darah ke-99, dua minggu lagi boleh genapkan 100' - Azhan Rani
Tekad mahu membantu pesakit yang memerlukan mendorong pelakon, Azhan Rani untuk menderma darah sebanyak 99 kali dan menyasarkan untuk mencapai angka 100 dalam tempoh dua minggu lagi.
UMNO tidak terima pemakluman Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Parti yang dibentuk dalam Kerajaan Perpaduan tidak seharusnyaambil mana-mana ahli parti lain dalam gabungan itu bagi menjaga hati parti masing-masing.
Banjir: TH salur 10,000 kotak makanan, bantu mangsa terkesan seluruh negara
Lembaga Tabung Haji (TH) dengan kerjasama Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) akan menyalurkan 10,000 kotak makanan kepada lebih 50,000 mangsa terjejas banjir di seluruh negara dalam masa terdekat.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
Anwar rai warga JPM, petugas barisan hadapan di majlis iftar
Anwar hari ini meraikan lebih 1,000 warga JPM dan petugas barisan hadapan di majlis iftar Perdana Menteri bersama JPM dan Petugas Barisan Hadapan di Puspanitapuri di sini.
Jurubahasa perlu beri layanan baik kepada peguam, orang awam - Hakim Besar Malaya
Tiada seorang pun majistret atau hakim yang mampu menjalankan perbicaraan tanpa kehadiran jurubahasa.
COVID-19: Frontliners dirai menerusi tayangan perdana filem Juang
Kesemua mereka yang hadir merupakan petugas barisan hadapan seperti polis, bomba, Rela, pasukan perubatan serta tidak terkecuali pengamal media.
'Walaupun kasar, saya tetap menerimanya' - Pengarah filem Juang tidak kisah dikritik
Menurut Matt, ia sebahagian daripada proses memperbaiki sebarang kelemahan yang ada agar tidak diulang pada penghasilan karya seterusnya.
KJ santuni pesakit kanak-kanak sempena Aidilfitri
Beliau turut mendoakan supaya mereka tabah menghadapi ujian dan sembuh dengan segera.
Petugas pembersihan tidak ketinggalan disantuni di bulan Ramadan
Yayasan Amal Asas ambil inisiatif raikan petugas barisan hadapan yang terlibat dalam kerja-kerja pembersihan.
Agong hadir majlis sempena program 'Ekspedisi Untukmu Barisan Hadapan ke Gunung Kinabalu'
Ia sebagai simbolik menghargai pengorbanan anggota bomba dalam membendung penularan wabak COVID-19.
Lebih 4,000 petugas perubatan di Thailand dijangkiti COVID-19 sejak pandemik melanda
Lebih 4,000 petugas perubatan termasuk doktor dijangkiti COVID-19 sejak pandemik itu mula melanda tahun lalu.