awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

300 kontraktor disenarai hitam SPNB sejak 2002

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
15/03/2016
07:21 MYT
300 kontraktor disenarai hitam SPNB sejak 2002
Datuk Mohd Khusairi (tiga dari kanan) menyerahkan Inden Kerja RMR1M kepada penerima kontraktor terpilih. - Foto Astro AWANI
Seramai 300 daripada lebih 9,000 kontraktor telah disenarai hitam oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) sejak tahun 2002 sehingga hari ini, kata Pengerusinya, Datuk Abdul Latiff Ahmad.
Menurut beliau, SPNB terpaksa menyenarai hitam kesemua kontraktor tersebut berikutan projek perumahan yang terbengkalai meskipun telah diberikan kelonggaran dan tempoh lanjutan.
Katanya, senarai itu termasuk kontraktor dari Kelas C,D,E dan F bermasalah yang baru sahaja menceburi bidang tersebut ataupun yang lama bagi kesemua projek perumahan di bawah SPNB di sekitar negara ini.
Beliau yang juga merangkap Ahli Parlimen Mersing berkata pihaknya akan menjalankan proses pemutihan bagi kontraktor yang gagal memenuhi syarat pembinaan rumah termaktub di dalam Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan ( CIDB).
"SPNB tetap memberikan peluang kepada kesemua kontraktor untuk memperbaiki mutu kerja demi jaminan masa depan dan pendapatan mereka.
"Bagaimanapun, kita tetap akan mengikuti prosedur dan standard piawaian dalam memilih kontraktor baru untuk memastikan kualiti pembinaan projek perumahan SPNB sentiasa terjamin," katanya kepada pemberita.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Inden Kerja Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M ) di Restoran KY, Slim River pada Selasa.
Abdul Latiff berkata permohonan rumah bagi projek perumahan di bawah SPNB adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat dan tidak hanya terhad kepada kaum Bumiputera.
"Kita tidak menetapkan kuota khas kepada kaum tertentu asalkan mereka mempunyai tanah dan menepati kriteria yang ditetapkan SPNB," katanya lagi.
Katanya, sebanyak 4,084 daripada 8,647 permohonan RMR1M di negeri Perak telah pun diluluskan dan sebanyak 1,940 masih di dalam senarai menunggu manakala selebihnya sedang dalam proses pembinaan dan dokumen perjanjian.
Tambahnya, terdapat 2,623 permohonan bagi pembinaan unit tersebut ditolak berikutan tidak mematuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
Turut hadir, ADUN Slim merangkap Ketua UMNO Bahagian Tanjung Malim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SPNB, Datuk Ahmad Azizi Ali.
Topic Berkaitan
#cidb
#Datuk Abdul Latiff Ahmad
#kontraktor disenarai hitam
#SPNB
#SPNB senarai hitam kontraktor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan