awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi tatakelola bukan kempen mengejar tajuk berita, fasa sementara - PM Anwar
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

300 penduduk Punan Bah, Belaga terjejas akibat banjir, jambatan gantung terputus

Lynch Cowan
Lynch Cowan
12/05/2020
10:05 MYT
300 penduduk Punan Bah, Belaga terjejas akibat banjir, jambatan gantung terputus
Keadaan salah sebuah jambatan yang rosak dipukul arus deras bersama timbunan kayu hanyut. - Foto JBPM Sarawak
Kira-kira 300 penduduk Kampung Punan Bah, Belaga terjejas apabila rumah mereka dinaiki air sejak petang semalam.
Bukan itu sahaja, arus deras akibat hujan lebat itu turut memutuskan jambatan gantung yang digunakan para penduduk.
Malah, bencana berlaku ketika hari pertama Sarawak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga Datuk Liwan Lagang ketika dihubungi Astro AWANI berkata beberapa kawasan rendah di Belaga dinaiki air bah.
"Selain beberapa kampung yang dinaiki air sebuah jambatan gantung di Punan Bah turut rosak akibat arus sungai yang deras," katanya.
Laluan darat yang terputus selepas jambatan yang menjadi laluan utama rosak. - Foto JBPM Sarawak
Laluan darat yang terputus selepas jambatan yang menjadi laluan utama rosak. - Foto JBPM Sarawak
Tambah Liwan, perhubungan ke Belaga juga terputus akibat sebahagian daripada Jalan Menjawah/Belaga juga dinaiki air.
Beliau berharap pihak Sarawak Enegry akan segera melakukan kerja pengawalan air di empangan Bakun bagi tujuan mengurangkan banjir.
Keadaan di salah sebuah rumah yang dinaiki air di Belaga - Foto JBPM Sarawak
Keadaan di salah sebuah rumah yang dinaiki air di Belaga - Foto JBPM Sarawak
Menurutnya lagi beliau telah menghubungi Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk mendapatkan bantuan.
"Saya sendiri sedang berusaha untuk ke sana tetapi ketiadaan penerbangan dari Kuching ke Bintulu ketika ini," katanya.
Topic Berkaitan
#ADUN Belaga
#banjir
#Belaga
#Douglas Uggah Embas
#JPBNS
#Liwan Lagang
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan