awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3,000 unit rumah kuota bumiputera ditukar status ke lot antarabangsa

Bernama
Bernama
04/03/2017
11:31 MYT
3,000 unit rumah kuota bumiputera ditukar status ke lot antarabangsa
MOHAMED KHALED: Kira-kira 3,000 unit rumah yang kebanyakannya rumah mewah kuota Bumiputera di negeri ini ditukar status hartanah kepada lot antarabangsa. - Gambar fail
Kira-kira 3,000 unit rumah yang kebanyakannya rumah mewah kuota Bumiputera di negeri ini ditukar status hartanah kepada lot antarabangsa sejak akhir tahun 2013.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dengan pertukaran itu, kerajaan negeri berjaya memperoleh RM600 juta daripada pemaju dan dimasukkan ke dalam Tabung Hartanah Bumiputera, yang kemudiannya digunakan untuk membina lebih 6,000 unit rumah mampu milik Johor (RMMJ).
Hasil itu merupakan bayaran pemaju kepada kerajaan negeri yang ditetapkan bagi pemohonan pertukaran status hartanah di negeri ini, katanya.
"Ia melibatkan rumah yang harganya lebih daripada rumah mampu milik tetapi kebanyakannya rumah mahal dan mewah," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex, Pasir Gudang, dekat sini hari ini.
Katanya lagi, pelepasan penukaran status hartanah turut dilakukan di negeri lain namun prosedurnya berbeza.
"Selain itu, negeri lain seperti Selangor juga amalkan konsep pelepasan lot Bumiputera, jadi pembangkang tak boleh nak salahkan Johor kerana semua negeri laksanakannya," kata Mohamed Khaled.
Justeru, beliau menegaskan pertukaran status itu tidak melibatkan RMMJ sekali gus menyangkal dakwaan pembangkang yang mengatakan penukaran status itu melibatkan RMMJ.
Tambahnya, jika wujud ketirisan, pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bumiputera
#Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin
#RMMJ
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan