awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN kenal pasti 14,858 pemastautin cukai Malaysia dengan baki kewangan luar negara lebih RM10bilion
Polis keluar 247 saman, sita 117 motosikal dalam operasi bersepadu
K-pop Demon Hunters cipta sejarah ketika Anugerah Grammy bermula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

300,000 pekerjaan kemahiran tinggi untuk belia dijangka diwujudkan pada 2025

Bernama
Bernama
13/08/2022
08:22 MYT
300,000 pekerjaan kemahiran tinggi untuk belia dijangka diwujudkan pada 2025
Mohamed Azmin berkata, Malaysia sedang bergerak ke arah negara maju yang produktif, sehubungan itu tenaga kerja tempatan harus bersedia dengan kemahiran tinggi yang bersesuaian terhadap permintaan industri. - Gambar fail/Bernama
Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, pada tahun ini pula dijangkakan sebanyak 20,000 peluang pekerjaan yang sama dapat diadakan melalui program Academy in Factory (AiF).
"Bagi memastikan pelabur asing terus menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, maka kita bertanggungjawab untuk menyediakan bakat-bakat yang berkemahiran tinggi dan berteknologi.
"Ini selari dengan penekanan supaya tenaga kerja negara ini meningkatkan kemahiran dan kemahiran semula, selari dengan Revolusi Industri ke-4 yang dijangka akan meningkatkan produktiviti sebanyak 30 peratus di dalam semua sektor menjelang 2030," katanya ketika Pelancaran Karnival Belia Produktif di sini hari ini.
Program AiF yang dilancarkan pada majlis sama merupakan inisiatif Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bagi menangani cabaran kekurangan pekerja dan pembangunan bakat berkemahiran tinggi dalam kalangan belia tempatan.
Mohamed Azmin berkata Malaysia sedang bergerak ke arah negara maju yang produktif, sehubungan itu tenaga kerja tempatan harus bersedia dengan kemahiran tinggi yang bersesuaian terhadap permintaan industri.
"Peluang pekerjaan baharu berkemahiran tinggi yang diwujudkan adalah untuk semua golongan belia termasuk mereka yang berada di kawasan luar bandar, kampung dan anak-anak Orang Asal, yang akan melatih mereka mendapatkan kemahiran tinggi," katanya.
Beliau berkata demi meningkatkan daya saing jangka panjang, negara perlu membangunkan modal insan yang mahir, produktif, kreatif dan inovatif.
Sementara itu, Ketua Pengarah MPC Datuk Abdul Latif Abu Seman berkata pihaknya komited dalam menerajui program peningkatan produktiviti dan daya saing berasaskan pemacu utama pertumbuhan produktiviti.
"Apabila kemahiran meningkat, produktiviti turut meningkat dan boleh membawa kepada keuntungan. Justeru, gaji dapat dinaikkan sejajar dengan peningkatan produktiviti dan keuntungan.
"Dalam jangka masa panjang, ini akan menyumbang kepada pencapaian sasaran 40 peratus pampasan pekerja, seperti yang ditetapkan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12)," katanya.
Abdul Latif berkata prestasi produktiviti negara telah kembali kepada pertumbuhan positif pada kadar 1.8 peratus pada 2021 dan produktiviti buruh bagi setiap pekerja meningkat 2.7 peratus dengan nilai ditambah RM23,129.
Butiran lanjut mengenai program AiF boleh didapati menerusi http://aif.mpc.gov.my
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peluang pekerjaan
#academy in factory
#kemahiran tinggi
#Mohamed Azmin Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan