awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3,015 kompaun ingkar SOP COVID-19 dikeluarkan di Johor - Ayob Khan

Bernama
Bernama
23/10/2021
15:48 MYT
3,015 kompaun ingkar SOP COVID-19 dikeluarkan di Johor - Ayob Khan
Ayob Khan berkata kompaun berkenaan merangkumi PPN Fasa 1 sebanyak 1,876 kompaun, Fasa 2 (327 kompaun) dan Fasa 3 (812 kompaun). - Gambar fail
KLUANG: Sebanyak 3,015 kompaun dikeluarkan pihak berkuasa di Johor atas kesalahan ingkar terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), sejak pelaksanaan Fasa 1 hingga Khamis lepas.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kompaun berkenaan merangkumi PPN Fasa 1 sebanyak 1,876 kompaun, Fasa 2 (327 kompaun) dan Fasa 3 (812 kompaun).
Beliau berkata sejak 1 Okt hingga kini pihaknya telah melakukan pemeriksaan terhadap 8,838 orang di pusat beli-belah, taman rekreasi (4,400 orang), taman permainan (1,910 orang), tempat perkelahan (1,598 orang) dan tapak perkhemahan (51 orang).
"Daripada jumlah berkenaan seramai 8,665 individu telah diberikan nasihat manakala 41 daripadanya dikenakan kompaun atas kegagalan mengikut SOP COVID-19.
“Jumlah kompaun adalah berbeza-beza namun pelanggaran SOP di pusat hiburan kita akan memberikan kompaun maksimum,” katanya kepada pemberita selepas melawat kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Machap arah Selatan di sini hari ini.
Ayob Khan berkata pihaknya turut melakukan pemantauan dan pengoperasian di seluruh R&R dan hentian sebelah di lebuh raya bermula 15 Okt bagi memastikan pematuhan pengguna terhadap SOP yang ditetapkan.
Menurut beliau sejumlah 711 pemeriksaan dilakukan di tiga R&R dan lima hentian sebelah arah Selatan serta dua R&R dan lima hentian sebelah arah Utara di Lebuhraya PLUS selain dua R&R di Lebuhraya Link Kedua
"Pemantauan ini akan dilakukan oleh pihak polis dari semasa ke semasa bagi memastikan SOP dipatuhi tanpa gagal," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ayob Khan
#SOP
#kompaun
#polis johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan