31 lagi kluster COVID-19 dikenal pasti, 18 babit tempat kerja

Astro Awani
Julai 19, 2021 13:07 MYT
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 31 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu. - Gambar hiasan/ Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti 31 lagi kluster baharu COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu.
Ia melibatkan 18 kluster tempat kerja, lapan kluster komuniti, masing-masing dua kluster kumpulan berisiko tinggi dan pusat tahanan, serta satu kluster import.
BACA: COVID-19: 10,972 kes baharu, 129 kematian turut direkodkan
Berikut perincian 31 kluster baharu berkenaan:
1. Jalan Usahawan Lima
* Kluster tempat kerja di Seberang Perai Utara (Pulau Pinang)
* Kes dilapor positif pada 13 Julai
* 50 individu disaring, 10 dikesan positif
2. Lebuh Tenggiri
* Kluster tempat kerja di Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah (Pulau Pinang)
* Kes dilapor positif pada 15 Julai
* 62 disaring, 6 positif
3. Industri Valdor
* Kluster tempat kerja di Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang)
* Kes dilapor positif pada 15 Julai
* 41 disaring, 13 positif
4. Jalan Bayan Lepas
* Kluster Barat Daya, Timur Laut, Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan (Pulau Pinang)
* 344 disaring, 24 positif
5. Tapak Bina Jalan Binjai
* Kluster tempat kerja di Lembah Pantai (Kuala Lumpur)
* 269 disaring, 16 positif
6. Tapak Bina Jalan Kamuning
* Kluster tempat kerja di Lembah Pantai (Kuala Lumpur)
* 76 disaring, kesemua positif
7. Jalan Jambu
* Kluster tempat kerja di Kepong (Kuala Lumpur)
* Kes dilapor positif pada 19 Julai
* 35 disaring, 17 positif
8. Jalan Midah 8A
* Kluster kumpulan berisiko tinggi Cheras (Kuala Lumpur)
* Kes dilapor positif pada 15 Julai
* 37 disaring, 22 positif
9. Troitsky
* Kluster tempat kerja di Johor Bahru dan Kota Tinggi (Johor)
* Kes dilapor positif pada 16 Julai
* 20 disaring, 5 positif
10. Parit Beting
* Kluster komuniti di Muar (Johor)
* Kes dilapor positif pada 19 Julai
* 24 disaring, 14 positif
11. Jalan Rami Dua
* Kluster tempat kerja di Muar (Johor)
* 170 disaring, 51 positif
12. Industri Jalan Seelong
* Kluster tempat kerja di Kulai (Johor)
* 1,630 disaring, 191 positif
13.Jalan Desa Mutiara Lapan
* Kluster komuniti di Johor Bahru (Johor)
* Kes dilapor positif pada 16 Julai
* 117 disaring, 13 positif
14. Kampung Parit Tiram
* Kluster tempat kerja di Muar (Johor)
* 39 disaring, 34 positif
15. Industri Jalan Firma Kluang
* Kluster tempat kerja Kluang (Johor)
* 305 disaring, 67 positif
16. Industri Persiaran Sultan
* Kluster tempat kerja di Klang (Selangor)
* 128 disaring, 54 positif
17. Sungai Long
* Kluster komuniti di Jeli dan Kuala Krai (Kelantan)
* Kes dilapor positif pada 17 Julai
* 30 disaring, 13 positif
18. Jalan Rekang Tangok
* Kluster Kumpulan Berisiko Tinggi di Bachok, Kota Bharu dan Pasir Puteh(Kelantan)
* Kes dilapor positif pada 13 Julai
* 49 disaring, 7 positif
19.Kampung Dewan Besar
* Kluster komuniti di Machang (Kelantan)
* Kes dilapor positif pada 15 Julai
* 21 disaring, 18 positif
20. Bukit Tebuk
* Kluster komuniti di Dungun(Terengganu)
* Kes dilapor positif pada 8 Julai
* 288 disaring, 23 positif
21. Jalan Kilang Satu Jelapang
* Kluster tempat kerja di Kinta (Perak)
* Kes dilapor positif pada 17 Julai
* 80 disaring, 37 positif
22. Angsana
* Kluster komuniti Papar (Sabah)
* Kes dilapor positif pada 10 Julai
* 29 disaring, kesemua positif
23. Pauh
* Kluster tempat kerja di Kinabatangan (Sabah)
* Kes dilapor positif pada 14 Julai
* 27 disaring, 23 positif
24.Jalan Selalang
* Kluster komuniti di Sarikei (Sarawak)
* Kes dilapor positif pada 6 Julai
* 89 disaring, 37 positif
25.Tembok Kemus 2
* Kluster pusat tahanan di Alor Gajah dan Jasin (Melaka)
* Kes dilapor positif pada 10 Julai
* 63 disaring, 40 positif
26.Teknologi Lot Enam 2
* Kluster tempat kerja di Melaka Tengah (Melaka)
* Kes dilapor positif pada 20 Jun
* 135 disaring, 47 positif
27.Industri Elektronik Bemban
* Kluster tempat kerja di Jasin (Melaka)
* Kes dilapor positif pada 16 Julai
* 232 disaring, 37 positif
28. DTI Machap Umboo 2
* Kluster pusat tahanan di Alor Gajah (Melaka)
* 210 disaring, 32 positif
29. Jalan Pak Ngah Aziz
* Kluster komuniti di Kuantan (Pahang)
* Kes dilapor positif pada 16 Julai
* 153 disaring, 25 positif
30.Gudang Desa Corina
* Kluster tempat kerja di Cameron Highlands (Pahang)
* Kes dilapor positif pada 16 Julai
* 154 disaring, 19 positif
31. Dah 3/6 Industri Sungai Petani
* Kluster tempat kerja di Kuala Muda dan Sik (Kedah)
* Kes dilapor positif pada 5 Julai
* 186 disaring, 80 positif
#COVID-19 #kluster #Malaysia #Kluster tempat kerja #senarai kluster baharu #tempat kerja #Dr Noor Hisham Abdullah