KUALA LUMPUR: Jumlah kes baharu COVID-19 di Malaysia merekodkan 10,972 kes dalam tempoh 24 jam lalu.

Melalui ciapan di laman Twitternya, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, ia menjadikan jumlah kumulatif kes positif COVID-19 dalam negara ialah 927,533 kes.

Selangor terus menjadi penyumbang tertinggi dengan 4,404 kes.

Ini diikuti Negeri Sembilan; 1,340 kes, Johor; 876 kes, Kedah; 705 kes, Sabah; 651 kes, dan Kuala Lumpur;609 kes.


[TERKINI] 10,972 kes baharu, Negeri Sembilan dan Johor catat peningkatan tinggi

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman Twitter mereka pada Isnin memaklumkan, sebanyak 129 kematian baharu dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif adalah 7,148 kes.

Jumlah kes sembuh dalam tempoh 24 jam lalu adalah 6,439 kes menjadikan jumlah kes yang sembuh sepenuhnya ialah 791,388 kes.

Kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula adalah seramai 915 kes dan 435 daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.

Sementara itu Dr Noor Hisham memaklumkan daripada 10,972 kes baharu direkodkan pada Isnin, hanya 26 kes atau 0.2 peratus berada dalam kategori lima (kritikal dan gunakan ventilator).

Majoriti kes berada pada Kategori 1 (tiada gejala) dan Kategori 2 (gejala ringan) dengan 6,337 kes (57.8 peratus) pada Kategori 1 manakala 4,464 kes (40.7 peratus) pada Kategori 2.