MALAYSIA
313,529 saman dikeluarkan di KL sejak 1 Oktober lalu
Datuk Fadil Marsus berucap sewaktu menghadiri Majlis Hi-Tea Apresiasi Polis Kuala Lumpur bersama Media, di sini, pada Jumaat. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Sebanyak 313,529 saman dikeluarkan sepanjang pelaksanaan Operasi Patuh Undang-Undang (Op PUU) sejak 1 Oktober lalu.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata daripada jumlah itu, lebih 200,000 saman dikeluarkan atas kesalahan menghalang lalu lintas, sekali gus menjadikannya kesalahan tertinggi direkodkan dalam operasi berkenaan.
Beliau menyifatkan jumlah saman yang tinggi dalam tempoh kira-kira dua bulan pelaksanaan Op PUU sebagai sesuatu yang membimbangkan, walaupun pihak polis memberikan tempoh kelonggaran serta melaksanakan kempen kesedaran secara berterusan sebelum penguatkuasaan agresif dijalankan.
"Keadaan ini satu keadaan yang membimbangkan, kalau selepas ini saya laksanakan di seluruh Kuala Lumpur termasuk pelaksanaan pematuhan pemakaian topi keledar ke masjid contohnya, ia akan memberi kesan yang amat buruk.
"Ini adalah gambaran indikator kepada keadaan operasi yang akan dilaksanakan selepas ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Hi-Tea Apresiasi Polis Kuala Lumpur bersama Media, di sini, pada Jumaat.
Terdahulu, Fadil turut menyampaikan sijil penghargaan kepada 79 pengamal media jenayah daripada pelbagai agensi media cetak dan elektronik sebagai penghargaan atas kerjasama erat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, selain halangan lalu lintas, kesalahan lain yang tertinggi dicatatkan adalah abai isyarat lalu lintas (79,795 saman) dan tiada atau tamat tempoh lesen memandu (8,281 saman).
Lain-lain kesalahan iaitu 6,362 saman, tiada atau tamat tempoh LKM (4,847 saman) dan nombor pendaftaran tidak mengikut peraturan (3,002 saman).
"Daripada jumlah saman dikeluarkan, sebanyak 246,519 dikenakan terhadap kenderaan, 56,327 saman kepada motosikal, 3,790 saman membabitkan kereta pacuan empat roda dan 2,329 saman (lori).
"Sebanyak 2,661 saman dikeluarkan kepada teksi, pejalan kaki (1,346 saman) dan bas (557 saman)," katanya.