MALAYSIA
32 kes kecurian kabel ECRL direkodkan di tiga negeri, kerugian lebih RM3 juta
Shi (tengah), mendengar penerangan daripada Pegawai SHO CCCECRL Seksyen 13, Mohd Zulhairi Muhd Zaidi (kiri), ketika meninjau salah satu lokasi kecurian kabel di laluan ECRL berhampiran Maran, hari ini. - Gambar Bernama
MARAN: Sebanyak 32 kes kecurian kabel penghubung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan beberapa komponen lain direkodkan dari Jun hingga 10 Okt lepas dengan jumlah kerugian melebihi RM3 juta.
Pengarah Keselamatan China Communications Construction (ECRL) Sdn Bhd (CCCECRL) Seksyen 13, Shi Liang Hui berkata daripada jumlah itu, Pahang merekodkan kes tertinggi iaitu 24 kes diikuti Terengganu (tujuh kes) dan Kelantan (satu kes).
"Mereka yang terlibat dalam kes ini hanya menyasarkan kabel 'overhead' dan 'ground' serta kotak transformer. Kejadian ini boleh menyebabkan kelewatan projek ECRL disiapkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau lokasi kejadian di Kampung Luit di sini, hari ini.
Beliau berkata pihaknya telah mengadakan libat urus dengan polis serta melantik dua syarikat keselamatan bagi mengawal selia tapak projek ECRL berkenaan supaya kejadian sama tidak berulang.
"Kita (CCCECRL) juga telah memasang 66 unit kamera litar tertutup (CCTV) sejak September lepas sebagai langkah pencegahan dan bagi membantu siasatan polis sekiranya berlaku aktiviti kecurian," katanya.
Sementara itu, Shi menasihati orang ramai supaya menyalurkan sebarang maklumat kepada pihak berkuasa sekiranya melihat aktiviti kecurian kabel berkenaan.
"Kita perlu sentiasa menjaga keselamatan projek ini kerana ia merupakan projek negara untuk kemudahan rakyat," katanya.
-- BERNAMA