KUALA LUMPUR: Seramai 32 belia membuktikan mereka mampu menawan Bukit Dinding di Wangsa Maju, di sini, seperti insan yang sempurna fizikalnya, sekalipun bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan.
Misi menawan bukit itu dijayakan menerusi Program Eksplorasi Belia Kurang Upaya Penglihatan anjuran Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia (MAB), baru-baru ini yang bertujuan memberi pendedahan kepada golongan OKU penglihatan untuk turut sama merasai keindahan alam semula jadi flora dan fauna yang sentiasa menjadi tarikan utama pengunjung.
Ketua Pegawai Eksekutif MAB George Thomas berkata program itu juga bermatlamat memupuk kesedaran kepada golongan berkenaan mengenai usaha kerajaan dalam mengekalkan kelestarian hutan simpan dan alam semula jadi.
"Program di bawah unit Belia, Sukan dan Rekreasi persatuan turut disertai 14 sukarelawan dan kakitangan MAB, akan terus diperluaskan meliputi pelbagai aktiviti pada masa akan datang di seluruh negara," katanya kepada Bernama.
Seorang peserta pendakian, Evelyn Angut Palau, 31, menyifatkan misi ke Bukit Dinding berketinggian 291 meter dari paras laut itu sebagai mencabar memandangkan ini merupakan pengalaman pertamanya dalam aktiviti mendaki.
Pemain negara dalam sukan khas OKU penglihatan 'goalball' itu mengambil masa selama sejam untuk tiba di puncak bukit bersama seorang pengiring.
"Saya sangat teruja walaupun mengalami kekejangan kaki pada awal pendakian, namun ia tidak menjadi pematah semangat, ditambah lagi dengan sorakan dan sokongan daripada kawan-kawan.
"Saya jadi tidak percaya apabila berjaya sampai ke puncak sehingga tidak sedar menghabiskan kira-kira 30 minit di atas sana," katanya yang berasal dari Kapit, Sarawak.
Berbeza situasi bagi Nurain Bokari, 30, yang dilahirkan dengan penyakit stargardt (STGD) yang menyebabkan penglihatannya kabur, mengakui menggemari aktiviti sukan lasak seperti mendaki, berkhemah dan berenang.
"Saya kerap menyertai aktiviti seperti ini. Pada saya menjadi OKU bukan satu halangan untuk terlibat dalam aktiviti lasak.
"Apa yang penting, kami perlu berusaha lebih keras untuk berjaya, namun saya tetap akui ada beberapa perkara tetap membataskan pergerakan kami," katanya yang pernah mendaki Gunung Nuang, Hulu Langat, Selangor sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 05 2022

Antara peserta daripada golongan OKU penglihatan yang menawan Bukit Dinding di Wangsa Maju. - Bernama

Tangki air pecah: 2 pelajar Tingkatan Dua masih dapatkan rawatan
Dua daripada lima pelajar perempuan tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Melor masih menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Projek Ternakan Ayam | Felcra Berhad bakal bekal 3.5 juta ayam setahun
Felcra Berhad bakal menjadi pembekal 3.5 juta ayam pedaging setahun apabila siap projek ternakan ayam sistem tertutup di Rompin, Pahang.

Siasatan LCS | PAC pertahan tindakan dedah maklumat LCS
Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh mempertahankan tindakan jawatankuasa itu mendedahkan laporan isu perolehan kapal tempur pesisir (LCS) kepada umum.

Haiwan Dilindungi | Warga asing dipenjara simpan kepala rusa, bulu landak
Seorang lelaki warga asing dijatuhi hukuman enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Sandakan, pada Selasa, selepas didapati bersalah memilik kepala rusa, tanduk kijang dan bulu landak. Tertuduh Jesus A Apolina Rion, 49 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Darma Fikri Abu Adam.

Tangki Air Runtuh | Lima pelajar cedera dikejar ke hospital
Lima pelajar perempuan Sekolah Menengah Kebangsaan Melor, Kota Bharu dikejarkan ke hospital serta klinik kesihatan selepas tangki air sekolah berkenaan runtuh. Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 10.05 pagi.

Ainul diserang sawan: Seperti ditidurkan, hanya bola mata saja mampu digerakkan - Ibu
Ibu kepada Ainul Mardhiah, Nurul Erwani memaklumkan anak perempuannya diserang sawan berulang kali sejak Ahad.

Pereka fesyen Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser
Mendiang Issey Miyake meninggal dunia akibat kanser hati pada 5 Ogos lalu pada usia 84 tahun.

Cerita Sebalik Berita: 'Suara Anak Bumi'
Dokumentari 'Suara Anak Bumi' sempena Hari Antarabangsa Orang Asal Sedunia yang disambut pada 9 Ogos setiap tahun.

Pemimpin bercakaran sesama sendiri merugikan - Penganalisis
Serangan berbaur politik juga semakin menjadi-jadi tanpa mengira parti sama ada pembangkang atau kerajaan.

Tiada rekod ekspatriat gagal bayar cukai
Pembayaran cukai merupakan satu daripada syarat bagi membolehkan pas ekspatriat diperbaharui bagi tempoh seterusnya.

32 OKU penglihatan tawan Bukit Dinding
Misi menawan bukit itu dijayakan menerusi Program Eksplorasi Belia Kurang Upaya Penglihatan.