MALAYSIA
32 warga asing ditahan dalam operasi penguatkuasaan Imigresen di Johor
Mohd Rusdi berkata dalam operasi itu, sebanyak 96 individu warga asing diperiksa dan 32 daripada mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963. - Gambar Facebook JIM Johor
JOHOR BAHRU: Usaha membanteras penyalahgunaan pas dan permit kerja dalam kalangan warga asing terus diperkukuh apabila Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 32 individu dalam beberapa siri operasi penguatkuasaan di sekitar Johor Bahru dan Batu Pahat pada 13 Okt lepas.
Pengarah Imigresen Johor Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata operasi yang dijalankan bersama dengan Unit Penguat Kuasa Cawangan Batu Pahat itu melibatkan Ops Selera, Ops Minyak dan Ops Sapu di premis makanan, pusat cuci kereta serta kawasan kediaman yang dikenal pasti sebagai lokasi hotspot pelanggaran undang-undang imigresen.
"Operasi ini hasil risikan berterusan selama seminggu serta maklumat awam yang disalurkan melalui saluran aduan rasmi Jabatan Imigresen Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata dalam operasi itu, sebanyak 96 individu warga asing diperiksa dan 32 daripada mereka ditahan atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan atau pas yang sah, menyalahgunakan pas lawatan kerja sementara, bekerja tanpa kebenaran yang sah serta tinggal lebih masa di negara ini," katanya.
Mohd Rusdi berkata mereka yang ditahan terdiri daripada lima lelaki Bangladesh, lima lelaki India, seorang lelaki Pakistan, empat lelaki Myanmar, lapan lelaki Indonesia, lapan wanita Indonesia dan seorang wanita Myanmar, berumur antara 19 hingga 52 tahun.
Beliau berkata semua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika untuk siasatan dan tindakan lanjut manakala empat keping Borang 29 (saman kepada saksi) turut dikeluarkan bagi membantu siasatan.
"Jabatan Imigresen Malaysia mengucapkan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat serta terus mengambil berat terhadap isu warga asing di negeri ini.
"Kami mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan kesalahan melindungi pendatang tanpa izin, pemerdagangan orang dan penyeludupan migran bagi membanteras kegiatan ini secara menyeluruh," katanya.
-- BERNAMA