MALAYSIA
323 projek Reformasi Kerenah Birokrasi siap, jimat RM2.01 bilion - KSN
Shamsul Azri turut mengumumkan satu majlis anugerah bagi mengiktiraf dan menghargai pelaksanaan inisiatif RKB akan diadakan pada tahun hadapan. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Sebanyak 323 projek Reformasi Kerenah Birokrasi (RKB) telah disiapkan sejak inisiatif itu diperkenalkan pada 2024, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar.
Menurutnya, jumlah itu sebahagian daripada 1,007 projek RKB yang didaftarkan di seluruh negara, dan usaha itu berjaya menjimatkan sebanyak RM2.01 bilion setahun.
“Pencapaian ini mengingatkan kita bahawa kemajuan hanya terhasil apabila kita berani membuang birokrasi yang membebankan, menyemak semula peraturan yang tidak relevan dan membina proses yang benar-benar memudahkan rakyat,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucap tama di majlis perasmian Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di sini hari ini.
Tambahnya, inisiatif ini turut disokong oleh lebih 700 sesi bimbingan yang bertujuan untuk memastikan setiap pasukan pelaksana bergerak dalam rentak yang sama.
Pada masa sama, beliau turut mengumumkan satu majlis anugerah bagi mengiktiraf dan menghargai pelaksanaan inisiatif RKB akan diadakan pada tahun hadapan.
RKB di bawah Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) telah diperkenalkan oleh kerajaan untuk menyemak dan menambah baik peraturan-peraturan serta proses birokrasi membebankan sektor perniagaan dan rakyat.
Tujuan utamanya adalah untuk mengurangkan kerenah dan bebanan birokrasi yang tidak lagi relevan, menjadikan urusan lebih mudah dan efisien, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi negara.