awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

325 penghuni sayu rumah panjang musnah terbakar di hari kedua Gawai

Bernama
Bernama
02/06/2024
15:43 MYT
325 penghuni sayu rumah panjang musnah terbakar di hari kedua Gawai
Jurucakap JBPM Sarawak berkata Rumah Ugop Umpin sepanjang 43 pintu yang terletak di kawasan pedalaman telah terbakar seratus peratus. - Gambar media sosial
BINTULU: Kebakaran meranapkan kegembiraan sambutan perayaan Hari Gawai bagi 325 penghuni sebuah rumah panjang di Nanga Sigu, Pandan, Sebauh, kira-kira 147 kilometer dari sini, awal hari ini.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata Rumah Ugop Umpin sepanjang 43 pintu yang terletak di kawasan pedalaman telah terbakar seratus peratus.
Menurutnya, panggilan kebakaran diterima jam 12.41 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah digerakan ke lokasi.
"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pusat Sehenti Pasca Insiden (PSPI) dibuka untuk mengambil maklumat setiap penghuni rumah panjang tersebut. Mangsa-mangsa dicadangkan untuk ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kuala Sigu yang jaraknya lebih kurang 300 meter dari lokasi kebakaran," katanya dalam kenyataan media petang ini.
Beliau berkata anggaran kerugian dan punca kepakaran masih dalam siasatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hari Gawai
#kebakaran
#PSPI
#kemalangan jiwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan