awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3,270 lagi kes positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2022
11:18 MYT
3,270 lagi kes positif COVID-19 dalam tempoh 24 jam - Dr Noor Hisham
Dr Noor Hisham berkata, setakat semalam, Kementerian Kesihatan melaporkan 31 kematian baharu akibat jangkitan COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 3,270 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kes kumulatif di negara ini meningkat kepada 2,773,156.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kes baharu itu, 69 kes adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima manakala 3,201 kes ialah Kategori Satu dan Dua.
“Kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 257 manakala kes memerlukan bantuan pernafasan adalah 137,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengenai jumlah kes sembuh pula, Dr Noor Hisham berkata 3,195 kes dicatatkan menjadikan jumlah kumulatif pulih daripada jangkitan wabak itu adalah 2,701,808 kes.
Dalam perkembangan sama, empat kluster baharu turut dikenal pasti dengan 195 kluster masih aktif setakat ini.
Dr Noor Hisham juga memaklumkan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 dalam kalangan mangsa banjir kekal sebanyak 465 kes
Bagaimanapun, sebanyak 58 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir terdiri daripada 32 kes Jangkitan Saluran Pernafasan Akut, penyakit kulit (20) serta Acute Gastroenteritis (enam).
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Covid-19 Malaysia
#kes positif COVID-19
#kematian COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan