awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
Tiada arahan henti pembinaan menara telekomunikasi di Taman Jus Permai - Exco
Enam ikan paus mati terdampar di pantai terpencil New Zealand
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

33 bekas ahli GISB sertai Program Rehabilitasi JHEAINS

Bernama
Bernama
06/10/2025
12:00 MYT
33 bekas ahli GISB sertai Program Rehabilitasi JHEAINS
Majlis Santuni Kasih Madani diadakan oleh JHEAINS kepada bekas GISB. - Gambar Sinar Harian
SEREMBAN: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) akan melaksanakan Program Rehabilitasi Bekas Ahli GISB Negeri Sembilan melibatkan 33 ketua serta wakil keluarga yang telah mendaftar.
Pengarah JHEAINS Mohd Asri Abdullah berkata program itu akan berlangsung setiap Sabtu dan Ahad bermula 11 Okt ini sehingga Mac 2026.
"Mereka akan menghadiri kelas pengajian yang menyentuh aspek akidah dan ibadah supaya setiap amalan adalah selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.
"Program ini akan melalui empat fasa iaitu induksi, pemulihan, pemantapan dan khidmat sokongan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd Asri berkata bagi menjayakan pelaksanaan program ini, JHEAINS turut bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada itu, beliau berkata satu sesi taklimat dilaksanakan pada Sabtu lepas bagi menyantuni bekas ahli melibatkan 69 dewasa berumur 18 tahun ke atas dan 79 kanak-kanak serta remaja berumur antara empat tahun hingga 17 tahun.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PDRM
#JAKIM
#Majlis Keselamatan Negara
#GISB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan