MALAYSIA
33 penunggang motosikal ditahan guna lorong kereta, lawan arus di Jambatan Kedua Pulau Pinang
Penunggang sepatutnya guna lorong motosikal tetapi bertindak berpatah balik dan ditahan oleh anggota JSPT. - Foto Facebook/Penang Kini
NIBONG TEBAL: Polis menahan 33 lelaki tempatan termasuk seorang warga asing selepas didapati menunggang motosikal dilorong kereta secara melawan arus di Kilometer (KM) 3.8 Jambatan Kedua Pulau Pinang menghala Batu Kawan, awal pagi Ahad.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou, berkata mereka ditahan sepasukan anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaa Trafik (JSPT) yang menjalankan operasi di kawasan berkenaan.
Menurutnya, penunggang motosikal sepatutnya menggunakan lorong motosikal yang disediakan namun kumpulan berkenaan yang menggunakan laluan kereta dan bertindak berpatah balik ke arah Batu Maung dengan menunggang secara melawan arus apabila mereka diarahkan berhenti.
“Tindakan itu amat berbahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya lain.
“Hasil tindakan pantas pasukan operasi, seramai 33 lelaki berusia lingkungan 16 hingga 27 tahun terdiri daripada 32 warga tempatan dan seorang warga asing ditahan untuk tindakan lanjut,” kata Jay January dalam kenyataan, malam tadi.
Mengulas lanjut, Jay January berkata, menerusi operasi berkenaan pihaknya telah menyita 51 motosikal pelbagai jenama dibawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Katanya, sepanjang operasi, pemeriksaan dibuat terhadap 110 motosikal dan sebanyak 74 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik.
Pada masa sama, JSPT Bukit Aman dan Pulau Pinang serta pihak PLUS turut menjalankan operasi bersepadu motosikal zon utara di daerah Seberang Perai Tengah.
Jay January berkata, polis akan terus mempergiatkan operasi menumpaskan samseng jalanan di lokasi ‘hotspot’ yang telah dikenalpasti.
Justeru, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya tidak melibatkan diri salam sebarang aktiviti lumba haram yang tidak memberi sebarang faedah.
Ringkasan AI
- Polis menahan 33 lelaki termasuk seorang warga asing kerana menunggang motosikal secara melawan arus di Kilometer 3.8 Jambatan Kedua Pulau Pinang.
- Penunggang sepatutnya guna lorong motosikal tetapi bertindak berpatah balik dan ditahan oleh anggota JSPT.
- Operasi menyita 51 motosikal, keluarkan 74 saman trafik, dan polis akan terus tumpaskan samseng jalanan di 'hotspot' yang dikenalpasti.