MALAYSIA
33 pusat peperiksaan SPM di Terengganu berisiko banjir - JPNT
Gelagat ahli keluarga meninjau anak mereka yang juga calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, menduduki peperiksaan bertulis Bahasa Melayu 1. - Foto BERNAMA
KUALA TERENGGANU: Sebanyak 33 pusat peperiksaan di seluruh Terengganu dikenal pasti berisiko banjir semasa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kata Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) Kamsah@Kamal Mohamed.
Ringkasan AI
Beliau berkata penilaian itu dibuat berdasarkan rekod banjir tahunan, risiko laluan terputus serta kedudukan sekolah berhampiran sungai dan kawasan rendah yang mudah dinaiki air.
"Daerah Setiu mencatat jumlah tertinggi dengan 12 sekolah berisiko, kebanyakannya melibatkan laluan masuk yang dinaiki air. Hulu Terengganu pula enam sekolah berisiko dan calon akan dipindahkan ke sekolah berhampiran yang mempunyai asrama atau bangunan bertingkat, antaranya SMK Ajil, SMK Landas, SMK Jenagor dan SMK Kuala Telemong jika air naik secara mendadak.
"Di Kemaman terdapat lima sekolah dalam senarai pemantauan rapi, Besut empat, Dungun tiga, Kuala Nerus dua dan Marang sebuah sekolah yang berisiko," katanya selepas menyantuni calon SPM di SMK Padang Midin di sini hari ini.
Kamsah@Kamal berkata JPNT turut mengenal pasti 649 calon yang terjejas banjir kerana tinggal atau bersekolah di kawasan berisiko, terutamanya ketika hujan lebat berterusan. Sebagai persiapan, JPNT menyediakan pelan kontingensi termasuk pemindahan calon ke 13 pusat peperiksaan alternatif jika pusat asal tidak dapat beroperasi.
Beliau berkata JPNT bekerjasama dengan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan kelancaran pergerakan calon, termasuk menyediakan kenderaan bersiap siaga 24 jam dan menempatkan bas jabatan di semua daerah untuk pemindahan segera jika paras air meningkat mendadak.
Selain itu, pasukan 'Smart Support Team' yang terdiri daripada kaunselor sekolah digerakkan untuk membantu menstabilkan emosi calon, manakala semua petugas peperiksaan termasuk teknikal dan pengawas telah diberi taklimat khas bagi memastikan prosedur berjalan lancar jika pusat peperiksaan terpaksa dipindahkan saat akhir.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- JPNT mengenal pasti 33 pusat peperiksaan SPM di Terengganu berisiko banjir, dengan Setiu mencatat jumlah tertinggi (12 sekolah), diikuti Hulu Terengganu (6), dan daerah lain termasuk Kemaman, Besut, Dungun, Kuala Nerus dan Marang.
- Seramai 649 calon dikenal pasti terjejas akibat tinggal atau bersekolah di kawasan berisiko; 13 pusat peperiksaan alternatif disediakan untuk pemindahan jika perlu.
- JPNT bekerjasama dengan NADMA, JBPM, APM dan PDRM untuk logistik dan keselamatan, manakala pasukan kaunselor Smart Support Team digerakkan bagi membantu kestabilan emosi calon.