MALAYSIA
34 projek tebatan banjir seluruh Selangor siap setakat ini - Exco
Exco Selangor Datuk Izham Hashim (tengah) ketika sesi soal jawab pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor ke-15 hari ini. - Foto Bernama
SHAH ALAM: Sebanyak 34 projek tebatan banjir di beberapa daerah bernilai RM241.6 juta yang diperuntukkan oleh Kerajaan Selangor telah disiapkan setakat ini, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan negeri menghadapi musim tengkujuh.
Ringkasan AI
Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim, berkata selain itu, 39 projek tebatan banjir lagi bernilai RM383.35 juta menggunakan peruntukan negeri sedang berada pada pelbagai peringkat pelaksanaan.
Beliau berkata sebanyak 18 projek tebatan banjir di bawah Kerajaan Persekutuan juga sedang dilaksanakan dengan peruntukan RM3.462 bilion, melengkapkan usaha mitigasi banjir secara menyeluruh antara kerajaan negeri dan Persekutuan.
"Selain itu, 127 kerja langkah segera ('quick win') bernilai RM27.94 juta telah diluluskan, sebahagiannya siap dalam tempoh dua bulan kebelakangan ini, melibatkan kerja pengorekan sungai dan kolam takungan.
"Selain itu, 50 kerja mitigasi banjir bernilai RM14.1 juta menggunakan peruntukan pembangunan negeri merangkumi pengukuhan dan penstabilan tebing sungai, penyelenggaraan sungai dan pantai, serta kerja penyelenggaraan rumah pam dan pintu air," katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan lisan Michelle Ng Mei Sze (PH-Subang Jaya) mengenai projek yang dilaksanakan dari 2024 hingga 2025 bagi menangani kekurangan infrastruktur penyebab banjir.
Izham berkata pihaknya turut mengadakan mesyuarat khas bersama pemegang taruh sekitar September atau Oktober lepas untuk membincangkan persiapan menghadapi banjir musim tengkujuh.
"Kesiapsiagaan turut merangkumi peralatan dan komponen penting banjir bagi memastikan ia berfungsi dengan baik, termasuk infrastruktur hidromekanikal seperti pintu kawalan air dan rumah pam submersible. Pintu kawalan air terdapat di 353 lokasi, rumah pam submersible di 27 lokasi, rumah pam skru di 26 lokasi, selain 115 pam bergerak berkapasiti tinggi dan 34 pam bergerak separa kekal," katanya.
Selain itu, Jabatan Pengairan dan Saliran Selangor mengaktifkan Pasukan Operasi Pemantauan Cuaca semasa Monsun Timur Laut bagi memantau stesen telemetri hujan, aras air, siren, dan kamera litar tertutup (CCTV).
"Semua pihak boleh mengakses maklumat ini melalui laman web InfoBanjir JPS Negeri Selangor, dengan kos operasi tahunan dibiayai bersama antara kerajaan negeri dan Persekutuan," tambahnya.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Ringkasan AI
- Kerajaan Selangor menyiapkan 34 projek tebatan banjir bernilai RM241.6 juta untuk memperkukuh kesiapsiagaan negeri menghadapi musim tengkujuh.
- Projek tebatan banjir bernilai RM383.35 juta menggunakan peruntukan negeri serta 18 projek di bawah Kerajaan Persekutuan sedang dilaksanakan untuk mitigasi banjir secara menyeluruh.
- Selain itu, pembangunan infrastruktur seperti pintu kawalan air, rumah pam submersible, dan sistem pemantauan cuaca diaktifkan bagi meningkatkan kesiapsiagaan dan keselamatan masyarakat Selangor.