MALAYSIA
346,508 individu terima dos pertama vaksin COVID-19 setakat 16 Mac - Dr Adham
Dr Adham berkata berkata Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 41,913 individu, diikuti Perak (39,404), Sabah (33,966) dan Sarawak (32,465). - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Seramai 346,508 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat semalam.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dalam ciapan Twitter beliau hari ini berkata Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 41,913 individu.
Ini diikuti Perak (39,404), Sabah (33,966) dan Sarawak (32,465).
"Di Kuala Lumpur seramai 31,740 individu, Johor (26,185), Pahang (25,944), Kedah (23,871), Pulau Pinang (20,393), Kelantan (16,541) dan Terengganu (15,725).
"Di Negeri Sembilan pula seramai 14,489 individu, Melaka (9,120), Perlis (8,038), Putrajaya (4,383) dan Labuan (2,342)," katanya.
Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Feb lepas, menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.
#vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#COVID-19
#Menteri Kesihatan
#Dr Adham Baba
#Pemberian Vaksin
#PICK
#Khairy Jamaluddin