IPOH: Sebanyak 35 kenderaan yang dipercayai cuba memasuki arah Pantai Timur tanpa sebab munasabah melalui dua Sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah dan negeri di Gerik diarah berpatah balik pada Ahad.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata arahan berkenaan dikeluarkan kepada mereka yang sampai ke SJR di Km 89 Jalan Gerik-Kuala Kangsar dan Km 9 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli setakat pukul 4 petang Ahad.
Beliau ketika dihubungi malam tadi berkata 27 daripada kenderaan itu diarah berpatah balik kerana mengemukakan surat dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang tidak berkaitan.
Selain itu katanya selaras dengan arahan Ketua Polis Negara berkaitan pergerakan menggunakan surat MITI yang tidak lagi dibenarkan bermula hari ini sehingga Rabu depan, ada kenderaan yang diarah berpatah balik sebaik tiba di SJR berkenaan, kecuali mereka mengemukakan surat MITI yang berkaitan pengangkutan petrol dan makanan.
"Jumlah kenderaan di jalan raya ketika ini dilihat berkurangan sebanyak 30 peratus berbanding sebelum ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jul 18 2021
27 daripada kenderaan itu diarah berpatah balik kerana mengemukakan surat dari MITI yang tidak berkaitan. - Foto fail/BERNAMA
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Aliran trafik dari Pantai Timur ke Lembah Klang sesak, utara dan selatan terkawal
Aliran trafik di lebuh raya dari pantai timur menuju Lembah Klang masih sesak malam ini manakala trafik dari utara dan selatan semakin terkawal.
Aliran trafik mula perlahan di beberapa lebuh raya utama
Aliran trafik di Lebuhraya KLK mula sesak dari Gombak ke Genting Sempah melibatkan jarak sejauh 17 kilometer dari Tol Gombak.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Kemajuan projek ECRL di empat negeri capai lebih 60 peratus
Darwis berkata kemajuan berkenaan setakat Februari lepas dan pembinaan projek ini berjalan lancar.
Kelantan negeri Pantai Timur tertinggi daftar PADU
Kelantan menjadi negeri Pantai Timur paling tinggi penduduknya yang mendaftar maklumat mereka dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
Aidilfitri: Lebih 50,000 tiket habis dijual dalam tempoh dua jam
Sebanyak 53,370 tiket bas untuk perjalanan ke Kelantan dari Kuala Lumpur habis terjual dalam tempoh dua jam, kata Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Berhad Che Ibrahim Che Ismail.
Selepas Terengganu, Ambang Ramadan Astro berkunjung ke Kelantan dan Pahang
Terengganu menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang membuka tirai acara ini menerusi segmen Assalamualaikum Terengganu pada Jumaat.
Tahun Baharu Cina: Aliran trafik bergerak perlahan di lebuh raya utama
Setakat 4 petang ini, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata di wilayah utara, trafik mula bergerak perlahan dari Perai menghala ke Juru.
ECRL: Peluang pekerja tempatan timba pengalaman, teroka kemahiran baharu
Gunaseelan menganggap ia sebagai peluang keemasannya untuk menerima pengalaman baharu setelah 15 tahun terlibat dalam bidang kimpalan.
JBPM rancang wujud FOB gerakan udara di Pantai Timur
Pengarah Bahagian Udara JBPM Datuk Nazili Mahmood berkata keperluan berkenaan, bagaimanapun tertakluk kepada situasi semasa.