MALAYSIA
350,967 pemegang LMM perbaharu lesen sejak pengenalan BUDI95 - Loke
Loke bercakap pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Setia Khas dan Ikrar Bebas Rasuah JPJ di Kementerian Pengangkutan hari ini. Turut sama, timbalannya Datuk Hasbi Habibollah. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Sebanyak 350,967 pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) membaharui lesen sejak pengenalan subsidi bersasar BUDI MADANI RON95 (BUDI95) setakat 8 Okt lepas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Berucap pada majlis perhimpunan dan ikrar bebas rasuah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini hari ini, beliau berkata situasi itu sekali gus mencatat peningkatan urus niaga harian JPJ sebanyak 38 peratus sejak pengumuman BUDI95 pada 22 Sept lepas.
"Peningkatan ini bukan sahaja mencerminkan sambutan positif rakyat terhadap inisiatif subsidi bersasar kerajaan, tetapi juga memperlihatkan tahap kesedaran yang semakin tinggi dalam kalangan pengguna jalan raya terhadap kepentingan memiliki lesen memandu yang sah," katanya.
Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh warga JPJ yang telah menunjukkan komitmen luar biasa dalam memastikan proses pembaharuan lesen berjalan dengan lancar di seluruh negara.
Loke berkata usaha JPJ memperluas akses perkhidmatan dengan membuka kaunter tambahan pada Jumaat dan Sabtu di Kedah, Kelantan dan Terengganu serta pada Sabtu dan Ahad, amat wajar dipuji.
"Langkah proaktif ini jelas memudahkan rakyat melaksanakan urusan mereka tanpa menjejaskan jadual harian, khususnya bagi golongan yang bekerja," katanya.
Loke berkata tiada sebarang aduan diterima JPJ setakat ini bagi urusan pembaharuan LMM meskipun terdapat peningkatan mendadak bagi urusan itu.
"Tiada apa-apa aduan (diterima) walaupun bilangan orang yang ingin memperbaharu LMM meningkat dengan begitu mendadak sejak beberapa minggu kerana mereka ingin menikmati BUDI95," katanya.
Sementara itu, Loke berkata usaha menutup ruang rasuah telah diterjemahkan melalui pelaksanaan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) yang menekankan usaha kerajaan memperkukuh tadbir urus yang telus bagi meningkatkan kepercayaan rakyat.
Setakat ini, sebanyak 86 peratus inisiatif di bawah Pelan Antirasuah Organisasi (OACP) JPJ 2021-2025 telah berjaya dilaksanakan, membuktikan kesungguhan jabatan dalam memperkukuh integriti dan akauntabiliti.
"Usaha memperkukuh budaya kerja berintegriti turut diperkasakan melalui pensijilan ISO 37001:2016 Anti-Bribery Management System (ABMS) yang diiktiraf oleh SIRIM QAS International dengan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
"Pensijilan ini membuktikan bahawa JPJ berada di barisan hadapan dalam pelaksanaan sistem pengurusan antirasuah bertaraf antarabangsa," katanya.
Mengenai IBR, beliau berkata ikrar itu perlu diterjemahkan melalui tindakan dan amalan harian oleh setiap anggota JPJ.
"Kejayaan pelbagai inisiatif seperti Ops Luxury, Ops Khas Gempur Perdagangan, Program MyLesen, Program Pertukaran Topi Keledar dan pelaksanaan sistem e-Testing menunjukkan bahawa integriti ialah asas kepada keberkesanan pelaksanaan dasar-dasar jabatan.
"Kementerian Pengangkutan dan JPJ kekal teguh dengan dasar sifar toleransi terhadap rasuah, dengan tindakan tegas terhadap mana-mana pegawai yang gagal mematuhi etika perkhidmatan," katanya.
-- BERNAMA