awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai penuhi jalan Saint-Tropez untuk pengebumian Brigitte Bardot
EPL: Chelsea tewas lagi
Suruhanjaya Eropah berikan 40,000 tiket kereta api percuma kepada belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

357 ingkar arahan PKPP ditahan

Astro Awani
Astro Awani
27/07/2020
07:02 MYT
357 ingkar arahan PKPP ditahan
Kesemua 357 individu ini telah diambil tindakan kerana terlibat dalam aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial. - Gambar hiasan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan 357 individu atas kesalahan ingkar arahan PKPP sepanjang 24 jam yang lalu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, seramai 32 individu direman, 2 individu dijamin dan 323 individu lagi dikenakan kompaun.
"Kesemua 357 individu ini telah diambil tindakan kerana terlibat dalam aktiviti melibatkan kehadiran orang ramai yang menyukarkan penjarakan sosial dan apa-apa aktiviti yang melanggar SOP," katanya dalam sidang media PKPP di bangunan Parlimen pada Isnin.
Katanya, terdapat peningkatan penahanan oleh Task Force Operasi Pematuhan PKPP yang diketuai oleh PDRM terhadap individuindividu yang ingkar arahan PKPP.
"Jumlah yang dikenakan tindakan ini jelas menunjukkan PDRM tidak berkompromi terhadap mana-mana individu yang melanggar peraturan.
"Task Force akan mempertingkatkan pemeriksaan serta mengambil tindakan ke atas pemilik premis dan orang awam yang tidak mematuhi SOP PKPP yang ditetapkan," ujarnya.
Justeru, kerajaan berharap rakyat akan terus menjadi mata dan telinga bagi pihak berkuasa untuk melaporkan apa-apa tindakan yang melanggar SOP.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#kerajaan
#Malaysia
#Media
#menteri
#operasi
#Parlimen
#PDRM
#penjarakan sosial
#PKPP
#polis
#Polis Diraja Malaysia
#rakyat
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan