MALAYSIA
36 warga China didakwa jadi 'calling center' tawar pelaburan palsu
Kesemua 36 tertuduh dibawa polis ke Mahkamah Majistret Port Dickson untuk didakwa. - Foto Sinar Harian
PORT DICKSON: Seramai 36 warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan memperdaya mangsa melalui tawaran pelaburan palsu.
Ringkasan AI
Pertuduhan terhadap kesemua tertuduh yang terdiri daripada 31 lelaki dan lima wanita berusia antara 21 hingga 44 tahun itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd Farez Rahman.
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kesemua tertuduh tidak memahami bahasa Melayu.
Mengikut pertuduhan, tertuduh bersama-sama telah melakukan pakat jahat jenayah dengan bersetuju antara satu sama lain untuk melakukan suatu perbuatan yang menyalahi undang-undang, iaitu menipu melalui tawaran pelaburan yang menyasarkan warganegara China.
Perbuatan itu bertentangan dengan Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 120B(2) akta sama.
Kesalahan tersebut didakwa dilakukan pada 21 Ogos 2025 jam 3.30 petang di sebuah rumah di Taman Tanjung, Port Dickson.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara tidak melebihi enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azrif Firdaus Mohamad Ali memohon agar pertuduhan dibacakan semula oleh jurubahasa dalam bahasa Mandarin.
Peguam Chan Kai Ping memohon agar kesemua tertuduh diberikan jaminan, namun permohonan itu dibantah oleh Mohamad Azrif Firdaus.
Menurut beliau, kesemua tertuduh merupakan warga asing dan mempunyai risiko untuk melarikan diri sekiranya jaminan diberikan.
Tambahnya lagi, tertuduh tidak mempunyai sebarang dokumen yang menunjukkan ikatan dengan negara ini, seperti alamat tetap, pekerjaan atau keluarga.
"Setakat ini, kebanyakan mereka juga tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan pasport telah tamat tempoh.
"Dokumen kedutaan mereka juga dibatalkan atas faktor kesalahan yang dilakukan di negara asal," katanya.
Mahkamah menolak permohonan jaminan dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 12 September ini. -- Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seramai 36 warga China (31 lelaki, 5 wanita) didakwa di Mahkamah Majistret Port Dickson kerana terlibat dalam sindiket pelaburan palsu.
- Kesalahan dilakukan pada 21 Ogos 2025 di sebuah rumah di Taman Tanjung; tiada pengakuan direkodkan kerana tertuduh tidak memahami bahasa Melayu.
- Mahkamah menolak permohonan jaminan kerana risiko melarikan diri; sebutan semula kes ditetapkan pada 12 September 2025.