awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3,643 orang hilang pekerjaan di Perak sejak Mac 2020

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/12/2021
03:25 MYT
3,643 orang hilang pekerjaan di Perak sejak Mac 2020
Saidi berkata, kerajaan negeri melalui Perkeso telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk membantu mereka yang hilang pekerjaan. -Foto BERNAMA
IPOH: Seramai 3,643 orang warga Perak hilang pekerjaan sejak pandemik COVID-19 melanda mulai Mac 2020 hingga November tahun ini.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, jumlah itu direkodkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan didaftarkan di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP).
Menurutnya, ia ekoran penutupan beberapa sektor seperti perkilangan, perkhidmatan dan perhotelan akibat pandemik COVID-19.
“Memahami kebimbangan dan situasi pasaran kerja yang terjejas, kerajaan negeri melalui Perkeso telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk membantu mereka yang hilang pekerjaan,” katanya ketika menjawab soalan A. Sivanesan (DAP - Sungkai) pada persidangan Dewan Negeri Perak, di sini, hari ini.
Beliau memberitahu, selain itu, kerajaan negeri turut memperkasakan Pusat Aspirasi Anak Perak (Pasak) untuk memberi ruang dan peluang yang mencukupi bagi melatih anak-anak muda yang turut terkesan.
Menjawab soalan Mohd Zaidi Aziz (BN - Slim) mengenai syarat ketat untuk anak muda memperoleh bantuan, geran atau pinjaman untuk menceburi sektor perniagaan dan pertanian, Ahmad Saidi berkata, kerajaan negeri sentiasa prihatin terhadap masalah itu.
Sehubungan itu, katanya, ia akan menjadi antara perkara utama yang menjadi tumpuan Pasak tahun hadapan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#hilang pekerjaan
#Ahmad Saidi Mohamad Daud
#perkeso
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan