awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

370 sekolah luar bandar di Sarawak bakal terima air terawat

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
06/03/2020
11:55 MYT
370 sekolah luar bandar di Sarawak bakal terima air terawat
Abdul Rahman (tengah) ketika mempengerusikan mesyuarat di kementeriannya bagi memperkemaskan projek bekalan air terawat di sekolah-sekolah di Sarawak. -Gambar Kementerian Utiliti Sarawak
Sebanyak 370 buah sekolah di Sarawak bakal disambung dengan air bersih dalam sasaran Sarawak melaksanakan 100 peratus liputan bekalan air di negeri itu menjelang 2025.
Dalam memperkasa perancangan itu, Kerajaan Sarawak menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan bagi memastikan air terawat disediakan buat sekolah-sekolah dan institusi awam terutamanya di kawasan luar bandar.
Menurut Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi, ini akan memastikan pelajar dan pendidik mendapat kemudahan asas itu secara berterusan.
Gambar semasa mesyuarat pelaksanaan projek bekalan air di sekolah-sekolah di Sarawak yang telah dipengerusikan oleh Datuk Dr. Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), pada 4 Mac 2020 di Kementerian Utiliti Sarawak bersama-sama dengan pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kementerian Utiliti Sarawak, Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak
Gambar semasa mesyuarat pelaksanaan projek bekalan air di sekolah-sekolah di Sarawak yang telah dipengerusikan oleh Datuk Dr. Abdul Rahman bin Haji Junaidi, Menteri Muda Utiliti (Bekalan Air), pada 4 Mac 2020 di Kementerian Utiliti Sarawak bersama-sama dengan pegawai-pegawai daripada Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Kementerian Utiliti Sarawak, Kementerian Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak dan Jabatan Bekalan Air Luar Bandar Sarawak
Dalam perkembangan berkaitan, bagi tahun 2019 dan 2020, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan RM9 juta untuk penyambungan bekalan air terawat ke 34 sekolah.
“Daripada jumlah tersebut, 26 buah sekolah telahpun siap pelaksanaannya manakala 8 lagi dijangka siap pada tahun ini,” katanya.
Inisiatif ini dijalankan dengan kerjasama Kementerian Utiliti Sarawak, Kementerian Pendidikan Sains dan Penyelidikan Sarawak, Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak(JPNS) serta Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Untuk rekod, daripada 1,459 sekolah di Sarawak, 370 sekolah yang disenarai masih bergantung pada bekalan air menerusi telaga tiub, tadahan hujan, sumber graviti dan loji air setempat.
Beliau berkata demikian pada mesyuarat dipengerusikannya bagi memperkemaskan pelaksanaan projek bekalan air di sekolah-sekolah di Sarawak pada Rabu di Kementerian Utiliti di Kuching.
VIDEO: Kerajaan Sarawak merancang untuk menyediakan bekalan air terawat buat 370 sekolah luar bandar
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#AWANI Sarawak
#Bekalan Air Terawat
#Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi
#JBALB
#Kementerian Utiliti
#Sarawak 2030
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan