NATIONAL
3,749 mangsa banjir di Johor terima bantuan RM3,000
Seramai 3,749 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini akan menerima bantuan khas RM3,000 daripada kerajaan negeri pada Khamis. Gambar fail Bernama (Gambar kecil: Onn Hafiz)
JOHOR BAHRU: Seramai 3,749 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL) di negeri ini akan menerima bantuan khas RM3,000 daripada kerajaan negeri pada Khamis.
Ringkasan AI
- Seramai 3,749 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas akibat banjir Monsun Timur Laut (MTL) di Johor akan menerima bantuan khas RM3,000 daripada kerajaan negeri.
- Banjir yang melanda enam daerah di Johor berpunca daripada taburan hujan luar biasa dan fenomena air pasang, menyebabkan banyak rumah ditenggelami air.
- Bantuan berjumlah RM11.24 juta akan diagihkan serentak di enam daerah terjejas pada 27 Mac 2025 untuk meringankan beban mangsa.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, bantuan berjumlah RM11.24 juta itu akan diagihkan serentak di enam daerah terjejas bagi meringankan beban mangsa yang kehilangan tempat tinggal dan mengalami kerosakan harta benda.
"Susulan pengumuman kerajaan negeri berkenaan Bantuan Khas Kewangan Bencana Banjir Monsun Timur Laut (MTL), bantuan berjumlah RM11.24 juta akan disalurkan kepada 3,749 KIR yang berdaftar di PPS.
"Setiap KIR akan menerima sebanyak RM3,000 yang akan diberikan serentak di enam daerah yang terjejas pada 27 Mac 2025 (Khamis),” katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Sejak Rabu minggu lalu, negeri ini dilanda banjir yang disifatkan penduduk sebagai antara terburuk pernah melanda selepas bencana banjir besar 2006, iaitu 19 tahun lalu.
Bencana itu menyebabkan banyak rumah ditenggelami banjir sehingga ada yang mencecah paras bumbung, selain menimbulkan kesesakan jalan raya luar biasa di sekitar Johor Bahru.
Banjir yang melanda enam daerah – Kota Tinggi, Johor Bahru, Pontian, Kluang, Kulai, dan Batu Pahat – berpunca daripada taburan hujan luar biasa mencecah 150 milimeter (mm) berbanding purata hanya 20 mm, ditambah dengan fenomena air pasang sekitar 3.0 meter, yang menyebabkan banjir luar jangka. -Sinar Harian