MALAYSIA
38 organisasi menang Anugerah Tenaga Kebangsaan 2025
Seramai 25 daripada pemenang NEA 2025 akan mewakili Malaysia ke Anugerah Tenaga ASEAN 2025 bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN bulan depan. - Foto NEA
KUALA LUMPUR: Sebanyak 38 organisasi dan industri dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2025 yang mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam pembangunan tenaga lestari, khususnya menerusi penerapan tenaga boleh baharu (TBB) dan amalan kecekapan tenaga.
Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dalam kenyataan memaklumkan NEA 2025 menerima 173 penyertaan dengan empat kategori utama dipertandingkan, iaitu Pengurusan Tenaga, Bangunan Cekap Tenaga, Tenaga Boleh Baharu dan Anugerah Khas.
"Lapan organisasi daripada pelbagai industri turut menerima Anugerah Green Stewardship yang mengiktiraf komitmen terhadap kelestarian dengan mengutamakan penggunaan tenaga hijau," menurut kenyataan itu.
Majlis penyampaian anugerah itu dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, malam tadi.
Menurut PETRA, seramai 25 daripada pemenang akan mewakili Malaysia ke Anugerah Tenaga ASEAN (AEA) 2025 bersempena Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN (AMEM) bulan depan.
Menurut PETRA, projek pemenang tahun ini berjaya menjimatkan penggunaan tenaga sebanyak 128.45 GWh setahun, bersamaan penjimatan kos operasi RM68.31 juta serta pengurangan pelepasan karbon sebanyak 151,590 tan, setara dengan penanaman tahunan lebih 31,000 pokok.
"Pencapaian ini mencerminkan iltizam Malaysia menjadikan kelestarian tenaga sebagai misi bersama rakyat, di samping menyokong sasaran iklim global.
"NEA 2025 membuktikan keupayaan negara menghasilkan penyelesaian inovatif, bersaing di peringkat antarabangsa dan memacu kecekapan tenaga," menurut kenyataan itu.
PETRA turut menyeru lebih banyak organisasi dan industri di Malaysia menyahut agenda peralihan tenaga kerajaan.
-- BERNAMA