39 kes penyakit berjangkit babitkan mangsa banjir

Eton Khir
Januari 3, 2022 11:51 MYT
Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mengadakan perkumpulan ramai di PPS serta memakai pelindung diri - semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses pembersihan pascabanjir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 39 kes penyakit berjangkit terkini dikesan dalam kalangan mangsa banjir.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ia membabitkan tiga jenis penyakit berjangkit, iaitu jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) sebanyak 33 kes, penyakit kulit (4 kes), dan Acute Gastroenteritis - AGE (2 kes).
Berkaitan situasi semasa bencana banjir, sehingga jam 3 petang 2 Januari 2022, KKM juga memaklumkan:
Dalam masa sama, Dr Noor Hisham menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mengadakan perkumpulan ramai di PPS serta memakai pelindung diri - semasa operasi memindahkan mangsa banjir dan sewaktu melakukan proses pembersihan pascabanjir, selain memastikan kebersihan diri terjaga dengan segera membersihkan badan terkena air banjir.
"Elak bermain atau meredah air banjir, elak minum air serta makan makanan tercemar. Jaga kebersihan kawasan PPS bagi mengelak penyakit bawaan vektor dan sekiranya bergejala, segera dapatkan rawatan di klinik atau hospital berhampiran terutama individu berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil dan individu mempunyai komorbiditi.
"Petugas perubatan di semua fasiliti kesihatan perlu lebih berwaspada akan gejala-gejala penyakit," katanya.

Kenyataan Akhbar KPK 3 Januari 2022 Situasi Semasa Jangkitan Penyakit Coronavirus 2019 (COVID-19) dan Bencana Banjir di Malaysia https://t.co/PTFQlmnt3g

— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) January 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#COVID-19 #mangsa banjir #Dr Noor Hisham Abdullah