Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengenal pasti 39 rakyat Malaysia termasuk seorang wanita yang dikaitkan dengan gerakan militan seperti Kumpulan Negara Islam Iraq dan Syria (ISIS).
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata bagaimanapun setakat ini polis belum dapat mengesahkan pembabitan mana-mana individu berkenaan dalam aktiviti Jihad Al-Nikah.
Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) mengenai perkara itu pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Jihad Al-Nikah atau jihad seksual merujuk kepada konsep kontroversi iaitu wanita dikatakan menawarkan diri mereka untuk memenuhi keperluan seksual militan.
Ahmad Zahid berkata sekiranya terdapat bukti yang kukuh berhubung penglibatan mereka dalam aktiviti gerakan militan, kerajaan akan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada.
Ini termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, Kanun Keseksaan dan Akta Pertubuhan 1966.
"Kerajaan tidak pernah mengiktiraf mana-mana entiti, pertubuhan atau pakatan yang terlibat dengan elemen militan di dalam atau luar negara," tegas Ahmad Zahid.
Bernama
Wed Oct 15 2014
AHMAD ZAHID: PDRM kenal pasti 39 rakyat Malaysia termasuk seorang wanita yang dikaitkan dengan gerakan militan. -Gambar fail
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
[KOLUMNIS] Tanggungjawab patriotik rakyat sebar ideologi sederhana
Kepelbagaian kaum di Malaysia sebenarnya sangat terdedah dengan jaringan-jaringan konflik yang berpaksikan ideologi ekstremisme.
Tembakan di dewan konsert di Moscow: ISIS mengaku bertanggungjawab
ISIS mengesahkan tindakannya menerusi kenyataan rasmi yang diterbitkan oleh agensi berita Amaq di aplikasi Telegram.
Asia-Pacific Roundtable ke-35 bincang isu kerjasama di sebalik persaingan
Asia-Pacific Roundtable ke-35 kembali tahun ini dan akan berlangsung selama tiga hari bermula esok.
Projek LCS perlu diteruskan, projek penting untuk Malaysia - ISIS
Negara telah meletakkan banyak masa dan tenaga dalam projek tersebut dan patutnya pada masa kini, tumpuan perlu diberikan terhadap usaha untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kesederhanaan Islam lengkapi keperluan keamanan bersama - Prof Mohammad Hashim
Ancaman terhadap keamanan akan sentiasa wujud dan semakin meningkat memandangkan golongan pelampau sentiasa ada di mana-mana.
'Focus in Continuity: Roundtable Series': Program baharu lebih terangkum, menyeluruh di Astro AWANI
Program tersebut akan mendalami dan mengktiraf cabaran utama yang melanda dunia serta mengenal pasti pelbagai arah aliran global yang muncul kini.
Pulau Batu Puteh: Malaysia ada peluang nilai semula strategi - Pakar
Penubuhan pasukan petugas khas berhubung kes Pulau Batu Puteh dilihat sebagai langkah baik untuk menilai semula strategi negara.
AS tamatkan misi pertempuran di Iraq selepas 18 tahun
Presiden Demokrat itu sedang menyelesaikan misi pertempuran Amerika dalam dua perang yang dimulakan oleh Presiden George W Bush sewaktu pentadbirannya.
Malaysia-Saudi: Kekal objektif, jangan sibuk hal lain - Penganalisis
Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Herizal Hazri melihat signifikan lawatan Perdana Menteri ke Arab Saudi.