391 banduan, tahanan positif COVID-19: Ini lima tumpuan utama kenyataan media KP Kesihatan

Fareez Azman
September 14, 2020 09:46 MYT
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkara itu dalam satu kenyataan media pada Isnin. Gambar: BERNAMA
Seramai 391 banduan dan tahanan dikesan positif COVID-19 dalam Kluster Benteng LD setakat ini, menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini adalah lima tumpuan utama kenyataan media Dr Noor Hisham pada Isnin:
BACA: COVID-19: 31 kes baharu, 28 daripadanya kes tempatan - KKM
1) 31 kes baharu dicatatkan, 28 kes jangkitan tempatan dan tiga kes import dengan jumlah kumulatif 9,946 kes.
2) 16 kes dari Kluster Benteng LD di Tawau dan Lahad Datu.
3) Empat kes dari Kluster Bunga di Negeri Sembilan manakala satu kes dari Kluster Sungai di Kedah.
4) Tiga kes import dari negara Indonesia melibatkan dua warganegara dari Sabah dan seorang dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
5) Tujuh kes pulih dicatatkan dengan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya sebanyak 9,203 kes bersamaan 92.5 peratus daripada kes keseluruhan.
#Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan Malaysia #Ketua Pengarah Kesihatan #KKM #Kluster Benteng #Kluster Bunga #Kluster Sungai #Kuala Lumpur #Lahad Datu #Negeri Sembilan #Tawau