awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

3,937 kes kanak-kanak hilang sejak 2014 - Masir Kujat

Hilal Azmi
Hilal Azmi
24/03/2016
09:44 MYT
3,937 kes kanak-kanak hilang sejak 2014 - Masir Kujat
MASIR: Tiada jangka masa ditetapkan untuk mencari semua kanak-kanak hilang dan polis akan meneruskan pencarian mereka sehingga mereka dijumpai. -Gambar fail
Seramai 3,522 daripada 3,937 kanak-kanak yang dilaporkan hilang di negara ini dari 2014 hingga Januari 2016 telah ditemukan.
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Masir Kujat berkata 90 peratus kanak-kanak yang hilang pada 2014 telah dijumpai manakala 56 lagi masih hilang.
Katanya, 87 peratus daripada 1,782 kanak-kanak yang dilaporkan hilang (1,563 orang) pada tahun 2015 telah ditemukan dengan 219 masih hilang.
Katanya lagi, pada Januari tahun ini 140 kanak-kanak dilaporkan hilang.
"Hasil siasatan polis, beberapa punca yang mengakibatkan kes kanak-kanak hilang dikenal pasti. Antaranya, ikut kawan, ikut kekasih, dan salah faham keluarga.
"Juga ada beberapa kes lain, antaranya tidak minat belajar, mahu cari kerja, tidak dapat kasih sayang dan perhatian ibu bapa," katanya ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Sibuti, Ahmad Lai Bujang dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.
Tambahnya, tiada jangka masa ditetapkan untuk mencari semua kanak-kanak hilang dan polis akan meneruskan pencarian mereka sehingga mereka dijumpai.
Bagi kes kanak-kanak hilang sejak 2014 hingga Januari 2016, Johor mencatatkan jumlah tertinggi dengan 681 kes, diikuti Selangor 538 kes dan Kedah 474 kes.
Topic Berkaitan
#Ahmad Lai Bujang
#kes kanak-kanak hilang
#masir kujat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan