Sebanyak 396 migran Syria yang mengikuti Program Penempatan Sementara Migran Syria, PPSMS hari ini menerima Kad IMM13 yang membolehkan mereka belajar, bekerja dan menjalankan aktiviti ekonomi masing-masing secara sah di Semenanjung Malaysia.
Setiausaha Bahagian, Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Shahril Ismail berkata, ini bagi memenuhi komitmen Malaysia sebagaimana yang dijanjikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika berucap dalam Sesi Khas Persidangan Bangsa Bersatu pada Oktober 2015.
"Sehingga hari ini, seramai 507 migran Syria yang berdaftar sama ada telah, sedang atau akan mengikuti PPSMS.
"PPSMS akan dihentikan setelah jumlah migran Syria mencapai 3,000 orang atau satu jumlah yang akan dipersetujui kerajaan bergantung kepada kejayaan program ini,’’ katanya.
Beliau berkata demikian dalam majlis penyerahan Kad IMM13 kepada migran yang berjaya mengikuti PPSMS di sini, hari ini.
Perdana Menteri dalam ucapannya dalam UNGGA memberikan komitmen Malaysia untuk menerima 3,000 pelarian Syria selagi negara mereka masih bergolak.
Ini merupakan kumpulan kedua migran Syria yang menerima Kad IMM13 selepas kumpulan pertama yang terdiri daripada 68 migran di bawah PPSMS menerimanya pada April tahun lalu.
PPSMS merupakan program di bawah Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Dalam Negeri dan mendapat kerjasama Gabungan NGO Kemanusia Syria antaranya Malaysia Humanitarian Aid and Relief, Syria Care Malaysia, Malaysia Life Line For Syria dan Humanitarian Care Malaysia.
Astro Awani
Tue Feb 28 2017
Sehingga hari ini, seramai 507 migran Syria yang berdaftar sama ada telah, sedang atau akan mengikuti PPSMS. - Foto Astro AWANI
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Kerajaan negeri teliti tangguh naik taraf menara condong tahun depan - Exco
Kerajaan negeri berkemungkinan menangguhkan kerja-kerja menaik taraf dan baik pulih ikon pelancongan Menara Condong Teluk Intan yang sepatutnya bermula tahun ini ke awal tahun depan.
Kes cubaan bunuh digugur, keluarga mohon penjelasan AGC
Ahli keluarga kepada bekas anggota polis, Koperal Muhamad Khairul Syafiq Ahmad yang lumpuh selepas dilanggar sewaktu bertugas mengejar penjenayah meminta penjelasan Jabatan Peguam Negara (AGC) susulan kes cubaan membunuh dibawah Seksyen 307 kanun keseksaan digugurkan.
Mengambil manfaat daripada kisah lampau menerusi ziarah luar
Beberapa kepentingan Ziarah Luar termasuk mengambil pengajaran tentang sirah atau sejarah Rasulallah untuk dimanfaat secara bersama dalam konteks hari ini diterapkan semasa program Ziarah Luar yang dirangka Tabung Haji kepada petugas yang menjalankan operasi sempena musim haji tahun ini, 1445H/2024M.
Polis buru dua suspek kes tembak di Pasir Mas
Polis sedang memburu dua suspek disyaki terlibat dalam kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Gelang Mas, Kelantan pada awal pagi Sabtu.
Kedudukan Malaysia perlu dilihat secara menyeluruh
Laporan Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang disiarkan Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mengenai kedudukan terkini Malaysia perlu dilihat dalam konteks yang menyeluruh.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.
Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.
Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.
Suami isteri Rohingya dicekup dalang sindiket palsu surat UNHCR
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar sindiket pemalsuan surat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Simpang Empat, di sini semalam.
'Sebagai orang kenamaan, King Sing seharusnya lebih menghormati undang-undang negara' - KPISM
KPISM kesal dengan tuduhan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung anggota imigresen yang terlibat rasuah.
'Penyebaran video sengaja untuk tutup kesalahan, aktiviti rasuah di KLIA' - King Sing
King Sing akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dalang penyebaran video berkenaan.
136 kes pegawai imigresen terlibat jenayah, salah laku
Sebanyak 136 kes melibatkan pegawai imigresen telah disiasat dan didapati melakukan kesalahan jenayah dan salah laku melibatkan proses kemasukan warga asing ke Malaysia, sejak 2020 hingga tahun lepas.
Imigresen tahan 72 warga asing, tumpas sindiket bekal pelacur di Kuala Lumpur
Jabatan Imigresen berjaya menumpaskan sindiket membekal wanita warga asing bagi tujuan khidmat seks di Kuala Lumpur.