KUALA LUMPUR: Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan membabitkan isu 3R adalah berdasarkan tatacara dan peraturan yang termaktub, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah.
Ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) bagi kementerian itu, beliau berkata tindakan tegas akan diambil terhadap individu yang mengeksplotasi isu 3R tanpa mengira latar belakang, status atau kedudukan.
"Apa sahaja keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri, kita punyai tatacara dan peraturan yang termaktub dalam undang-undang sedia ada.
"...kita sentiasa komited dan mendukung hak kebebasan bersuara sebagaimana yang ada dalam Perlembagaan Persekutuan selagi ia mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan... sebab itu, mana-mana pihak yang ingin mengelak daripada diambil tindakan, patuhilah peraturan yang ada," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab celahan Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) yang mencadangkan agar PDRM menahan pihak yang mempermain isu 3R sekiranya menerima laporan.
Shamsul Anuar berkata kesalahan melibatkan isu 3R dinyatakan dengan jelas dan termaktub dalam Akta Hasutan 1948, Kanun Keseksaan (Akta 574) serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pihak kerajaan dan PDRM juga terbuka serta bersedia memberi penjelasan mengenai perkara itu sekiranya pihak pembangkang mahukan maklumat lanjut, katanya ketika menjawab soalan mengenai parameter berkaitan kesalahan melibatkan isu 3R yang dibangkitkan oleh Datuk Dr Radzi Jidin (PN-Putrajaya) dan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun).
Beliau juga berkata Kementerian Dalam Negeri sedang melaksanakan kajian bagi membangunkan sistem kawalan sempadan negara yang dilengkapi sistem pengawasan terkini dan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi membolehkan operasi tanpa pengawasan, proses pintar, kemudahan penyebaran serta pengawasan sepanjang masa bagi melindungi sempadan darat dan maritim.
Katanya pelaksanaan AI akan membolehkan pengesanan objek, pengurangan penggera palsu dan menyokong dalam membuat keputusan untuk meningkatkan kecekapan kawalan keselamatan sempadan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 18 2023

SHAMSUL ANUAR: Apa sahaja keputusan dan tindakan yang dibuat oleh Kementerian Dalam Negeri, kita punyai tatacara dan peraturan yang termaktub dalam undang-undang sedia ada. - Gambar fail/BERNAMA

KSN umum pusingan kerja dan pelantikan baharu KSU
Mohd Zuki dalam kenyataan hari ini memaklumkan penempatan baharu itu berkuat kuasa esok.

Ismail Sabri harap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuh
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berharap lebih banyak kursi pengajian Melayu ditubuhkan di universiti serantau dan peringkat global dalam memartabatkan Bahasa Melayu.
Kesalahan Jenayah Komersil Januari-Ogos 2023
[TERKINI] Keputusan petisyen Parlimen Masjid Tanah 27 Oktober
Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini menetapkan 27 Oktober depan sebagai tarikh keputusan Petisyen Pilihan Raya untuk kerusi Parlimen Masjid Tanah.

Insiden pergaduhan DIBW: Seorang daripada ditahan didapati positif dadah
Seorang daripada empat lelaki yang direman bagi membantu siasatan insiden pergaduhan ketika acara DIBW 2023 di Kota Tinggi, Sabtu lepas, didapati positif terhadap dadah jenis Methamphetamine.
Polis KL tumpas 8 sindiket call centre berselindung di sebalik kediaman mewah
Polis menahan 155 individu kerana disyaki terbabit dengan sindiket calling centre dalam lapan serbuan berasingan di sekitar ibu negara dari 4 hingga 21 September lalu.
AWANI Ringkas: Lemas di kolam renang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pelajar Malaysia di luar negara perlu kembali, terajui pembangunan negara - Johari
Johari berkata negara ASEAN terutama Malaysia, perlu lebih banyak melabur dalam pendidikan dan pembangunan bakat.

Lapan rakyat Sarawak jadi mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar
Polis menerima tiga laporan membabitkan lapan rakyat negeri ini yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan serta dipaksa bekerja dengan sindiket penipuan di Myanmar.

Jangan normalisasi perilaku ada unsur gangguan seksual - Nancy Shukri
Nancy berkata tiada ruang langsung wajar diberikan kepada gangguan seksual sama ada secara terang-terangan atau jenaka.

Lapan rakyat Sarawak jadi mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar
Polis menerima tiga laporan membabitkan lapan rakyat negeri ini yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan serta dipaksa bekerja dengan sindiket penipuan di Myanmar.

Jalinan kerjasama rentas agensi buah hasil kekang 'scam' menerusi telefon dan SMS
Jalinan kerjasama rentas agensi membuahkan hasil dalam mengekang jenayah penipuan 'scam' menerusi panggilan telefon dan SMS.

Polis minta MCMC, CSM jejak sumber e-mel ancaman bom di Bank Negara
Polis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Cyber Security Malaysia bagi menjejak sumber e-mel berhubung ancaman bom di Bank Negara.

Operasi tumpu kenderaan berat bermula hari ini - Polis KL
PDRM akan mempertingkatkan operasi ke atas semua kenderaan berat di Kuala Lumpur bermula hari ini.

3R: PDRM ambil tindakan berdasarkan tatacara dan peraturan
Tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap mana-mana individu yang melakukan kesalahan membabitkan isu 3R adalah berdasarkan tatacara dan peraturan yang termaktub.

PDRM sedia bantu Polis Gujerat buru 5 warga tempatan kes pengubahan wang haram
PDRM sedia membantu Polis India untuk mengesan lima rakyat negara ini yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram RM18.6 juta.

Jenayah siber dijangka terus meningkat susulan kepesatan teknologi, AI - KPN
Undang-undang Malaysia yang sedia ada berkaitan jenayah siber perlu dikaji dengan memasukkan elemen penipuan melalui perisian dan peranti komputer.

Tiga tuntutan Himpunan Aman Selamatkan Malaysia, termasuk dakwa Zahid semula - Tun Faisal
Himpunan Aman Selamatkan Malaysia yang akan diadakan di ibu negara pada Sabtu membuat tiga tuntutan kepada kerajaan.

'Saya jawab semua soalan dari tujuh kertas siasatan' - Chegu Bard
Badrul Hisham Shaharin dibebaskan pada pagi Jumaat dengan jaminan polis selepas selesai memberi keterangan.

Polis tolak permohonan penganjur perhimpunan Sabtu ini
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menolak permohonan penganjur perhimpunan yang dirancang pada Sabtu ini, kerana maklumat yang dikemukakan tidak lengkap.