KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) telah meluluskan 4,053 daripada 8,672 permohonan awal ke jawatan tetap membabitkan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak bagi tahun ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ia merangkumi pegawai perubatan seramai 3,215 orang, pegawai pergigian (438) dan pegawai farmasi (400) manakala calon simpanan ialah 225 orang.
"Ini adalah penambahan jawatan tetap paling tinggi sejak 2016 sejak dasar kontrak dimulakan dan selepas ini, kita ada sekurang-kurangnya 1,500 jawatan tetap setiap tahun yang akan kita tawarkan kepada pegawai kontrak," katanya pada sidang media selepas menjadi antara panel dalam sesi Dialog Polisi 'The Future of Our Healthcare' sempena Sidang Kemuncak Dasar Kesihatan 2022, di sini, hari ini.
Beliau berkata, KKM akan berbincang dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi menentukan sama ada mereka yang tidak berjaya memohon jawatan tetap boleh memohon semula atau sebaliknya.
"Saya faham ada yang kecewa sebab itu KKM akan melihat selepas kita bincang dengan MMA (Persatuan Perubatan Malaysia) laluan kerjaya untuk mereka yang tak dapat jawatan tetap, sekurang-kurangnya memastikan mereka dapat insentif baik dan diberi peluang sambung latihan mereka di peringkat kepakaran dan subkepakaran," katanya.
Khairy berkata, KKM juga sedang melihat model yang sesuai sama ada sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Kesihatan perlu ditubuhkan mengikut undang-undang atau secara pentadbiran.
Beliau berkata, perkara itu bukan fokus utama KKM ketika ini namun akan turut dibincangkan dalam Kertas Putih Kesihatan yang dijangka dibentang di Parlimen pada hujung tahun ini.
"Kalau tanya kita (KKM), tentulah kita perlukan suruhanjaya kita sendiri, jadi kita tidak tertakluk kepada dasar biasa di bawah SPA... contohnya kalau kita nak perjuangkan elaun tertentu dalam KKM, kita tertakluk dengan dasar umum JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), maknanya dasar ini mesti sama dengan perkhidmatan lain.
"Kita mulakan selangkah demi selangkah pada satu-satu masa... kita nak ada suruhanjaya sendiri tetapi bila (mahu) minta atau lulus, boleh dibincangkan dalam rangka-rangka Kertas Putih Kesihatan," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Aug 16 2022
Kementerian Kesihatan telah meluluskan 4,053 daripada 8,672 permohonan awal ke jawatan tetap membabitkan pegawai perubatan, pergigian dan farmasi kontrak bagi tahun ini, kata Khairy Jamaluddin. - Gambar BERNAMA
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
Malaysia-Jepun tekad perkukuh kerjasama dalam sektor pembinaan
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata perjanjian persefahaman dapat membuka peluang kepada pemain sektor pembinaan Malaysia meneroka pasaran Jepun selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) dengan kedua-dua negara adalah ahlinya.
Hati-hati akaun fleksibel, guna sewaktu persaraan - Pakar
Pencarum seharusnya lebih berhati-hati dan merancangan kewangan dengan lebih baik susulan pengenalan akuan fleksibel Kwsp yang baharu.
Nahas helikopter Lumut: Jasad Sivasutan selamat disemadikan
Jasad mendiang turut diberikan kawalan kehormat oleh 14 pegawai dan anggota TLDM sebagai penghormatan terakhir.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Seorang lelaki dan wanita maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta jenis Honda di Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Pahi, pada Rabu.
Cakna kesihatan pelajar sebelum lakukan aktiviti luar kelas - Dzulkefly
Ibu bapa dan guru perlu cakna tentang kesihatan anak-anak dan pelajar sebelum mereka menjalankan aktiviti luar bilik darjah termasuk acara larian merentas desa ketika musim panas ini.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Cuaca panas: KKM rekod 45 kes penyakit berkaitan haba setakat semalam
Sebanyak 45 kes penyakit berkaitan haba dilaporkan di seluruh negara setakat semalam melibatkan 33 kes kelesuan haba, 11 kes strok haba dan satu kes kejang haba.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
Strok haba: Seorang masih dirawat di ICU, seorang di wad biasa - KKM
Sebanyak 28 kes berkaitan haba direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) sehingga semalam.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Parlimen: Analisis data projek rintis ubat rawat HIV menunjukkan penurunan
Analisis awal projek perintis penggunaan ubat Pre-Exposure Prophylaxis (PrEP) yang digunakan untuk pencegahan HIV menunjukkan penurunan drastik.
Larangan merokok: KKM beri kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa
Kementerian Kesihatan memberi kuasa kepada 189 pegawai penguat kuasa bagi memastikan pematuhan orang ramai terhadap larangan merokok di tempat tidak dibenarkan.
Kutip deposit antara langkah tangani tunggakan kos perubatan warga asing
Kementerian Kesihatan mempunyai beberapa langkah bagi menangani risiko tunggakan kos perubatan bagi pesakit warga asing.
9,800 doktor kontrak diserap ke jawatan tetap, 6,000 dalam proses - Lukanisman
Ia selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyerap 12,000 doktor kontrak ke jawatan tetap sehingga 2025.