awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru wanita rugi lebih RM140,000 ditipu lelaki menyamar pegawai NSRC
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Kelantan, Terengganu hingga 29 Dis
Kekasih didakwa bunuh Suri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4,385 kes HFMD direkod di Sabah

Bernama
Bernama
30/04/2025
13:28 MYT
4,385 kes HFMD direkod di Sabah
83 peratus daripada jumlah kes itu melibatkan kanak-kanak berumur bawah tujuh tahun. - Gambar hiasan/Wikimedia
KOTA KINABALU: Sebanyak 4,385 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) direkodkan dari 1 Jan hingga 19 April lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Dr Maria Suleiman.
Beliau dalam kenyataan di sini malam ini berkata 83 peratus daripada jumlah kes itu melibatkan kanak-kanak berumur bawah tujuh tahun.
"Lima daerah mencatatkan kumulatif kes tertinggi iaitu Kota Kinabalu dengan 705 kes, Papar (578 kes), Penampang (450 kes), Keningau (431 kes) dan Tawau (262 kes).
"Kesemua kes yang dilaporkan adalah ringan dan hanya memerlukan rawatan pesakit luar tanpa melibatkan kes di unit rawatan rapi (ICU) atau kematian," katanya.
Dr Maria berkata majoriti jangkitan HFMD berlaku di rumah atau pusat pendidikan awal kanak-kanak seperti taska, tadika dan prasekolah, dengan 10 sekolah dilaporkan sebagai kluster.
Beliau berkata lima daripada sekolah itu diarah tutup sepenuhnya, manakala selebihnya melibatkan penutupan sebahagian kelas tertentu bagi membolehkan siasatan lanjut dan kerja-kerja pembersihan serta disinfeksi dijalankan.
Sementara itu, orang ramai disaran untuk mengamalkan langkah-langkah pencegahan termasuk memastikan kebersihan diri dan persekitaran serta mengelakkan kanak-kanak yang bergejala daripada menghadiri pusat jagaan atau tempat awam bagi mencegah penularan jangkitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jangkitan
#HFMD
#Sabah
#kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan