awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 hari tidak pulang, 2 nelayan dikhuatiri hilang, lemas di Selat Melaka

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
17/01/2021
13:19 MYT
4 hari tidak pulang, 2 nelayan dikhuatiri hilang, lemas di Selat Melaka
Operasi SAR turut dibantu enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) selain Unit Udara JBPM.
MELAKA TENGAH:Dua nelayan dikhuatiri hilang dan lemas apabila apabila tidak pulang sejak Rabu lalu selepas keluar menangkap ikan di kawasan perairan berhampiran Pulau Undan di Selat Melaka.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba ll Muhammad Izwan Arief Mat Noh berkata, dua lelaki itu adalah warga tempatan berusia lingkungan 30-an.
"Kami menerima panggilan berhubung kejadian sekitar jam 11.26 pagi Ahad selepas pihak keluarga tampil membuat laporan polis memaklumkan mereka yang keluar menangkap ikan sejak hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Rabu lalu, tidak pulang ke rumah sehingga kini.
"Maklumat awal diterima daripada para nelayan mendakwa kali terakhir ternampak dua mangsa ini adalah di sekitar perairan berdekatan Pulau Undan.
"Pasukan bomba dengan kerjasama Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Mmalaysia) dan Jabatan Laut kemudian menggerakkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam radius 10 batu nautika dari tempat mereka kali terakhir dilihat," katanya di sini pada Ahad.
Mengulas lanjut ujarnya, operasi SAR turut dibantu enam anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA).
Selain itu, katana pihaknya juga akan mendapatkan bantuan Unit Udara bagi membantu operasi SAR.
Topic Berkaitan
#lemas
#nelayan
#Selat Melaka
#hilang
#tidak pulang
#padang temu
#Pulau Undan
#bomba
#dua nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan