MELAKA: Empat individu melibatkan seorang lelaki warga tempatan dan tiga wanita warga asing ditahan kerana dipercayai menggunakan identiti orang lain bagi pendaftaran vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Melaka Supt E Sundra Rajan berkata kesemua suspek berusia 35 hingga 40 tahun itu, ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Bandar Hilir di sini antara jam 2.30 petang hingga 7.30 malam pada Rabu lepas.
Beliau berkata tangkapan pertama melibatkan seorang wanita warga asing berusia 30 tahun yang ditahan ketika hadir mendapatkan dos kedua vaksin COVID-19 di sebuah klinik di Bandar Hilir kira-kira 2.30 petang.
"Semakan yang dilakukan ke atas aplikasi MySejahtera yang digunakan suspek mendapati maklumat identiti yang didaftarkan di aplikasi itu adalah milik individu lain.
"Polis turut merampas kad vaksin atas nama suspek, i-kad warga asing yang dipercayai palsu, salinan pasport yang telah tamat tempoh dan telefon bimbit yang digunakan suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata susulan tangkapan berkenaan, dua lagi wanita warga asing dan seorang lelaki tempatan berusia 35 hingga 40 tahun ditahan di sebuah rumah di Bandar Hilir kira-kira 7 malam, hari sama.
Katanya semua suspek berkenaan direman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan kemungkinan terlibat dalam sindiket penipuan menggunakan identiti individu lain bagi pendaftaran vaksin COVID-19 melalui aplikasi MySejahtera.
Sundra berkata tiga wanita warga asing itu turut disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal di negara ini tanpa dokumen sah dan Seksyen 15(1)(c) akta sama kerana tinggal lebih masa.
Dalam pada itu, beliau berkata sehingga kini pihaknya telah menerima dua laporan polis berkaitan maklumat pengenalan diri warga tempatan digunakan individu warga asing bagi tujuan pendaftaran suntikan vaksin COVID-19 menerusi aplikasi MySejahtera.
"Pihak polis memandang serius segala aktiviti penyalahgunaan identiti individu lain dalam MySejahtera bagi tujuan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dan tindakan tegas akan diambil," katanya.
Shuhada Abdul Kadir
Mon Aug 23 2021

Kesemua suspek berusia 35 hingga 40 tahun itu, ditahan dalam dua serbuan berasingan di sekitar Bandar Hilir di sini antara jam 2.30 petang hingga 7.30 malam pada Rabu lepas. - Gambar fail

Nahas FRU: Enam mangsa masih dirawat, seorang dibenar keluar hospital semalam
Lima daripada anggota itu dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.
Amerika Syarikat timbang program realiti tv berkait kewarganegaraan
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri A.S sedang menilai cadangan rancangan realiti TV yang menampilkan pendatang bersaing untuk meraih kewarganegaraan Amerika melalui pelbagai cabaran.

1,500 kanak-kanak sertai Program Haji Kids Peringkat Negeri Melaka 2025
Program menghimpunkan lebih 1,500 penyertaan kanak-kanak, bukan sahaja dari negeri Melaka, malah mendapat sambutan luar biasa dari keluarga yang datang dari luar.
Dua warga Singapura ditemui mati di rumah inap
Dua warga Singapura ditemui meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan di sebuah rumah inap di Jalan Nadchatiram, Taman Taynton View, Cheras, pada Jumaat.
[TERKINI] 71 sekolah dibenar laksana PDPR sempena Sidang Kemuncak ASEAN
Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengenal pasti sebanyak 71 buah sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akan diberikan kebenaran melaksanakan PDPR sempena sidang kemuncak ASEAN ke-26.

PBB rancang sambung semula penghantaran bantuan kemanusiaan ke Gaza
PBB kini mempunyai 160,000 palet bantuan yang sedia dihantar jika diberi kebenaran.

Wartawan Sepanyol kongsi Fabio Gonzalez sertai JDT
Pemain tengah CD Tenerife, Fabio Gonzalez, difahamkan telah menyertai kelab gergasi tanah air, Johor Darul Tazim (JDT).
AWANI Ringkas: Musim Haji |Kebajikan Guru KAFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebanyak 11,272 kes di Malaysia dari ME1 sehingga Sabtu lepas
KKM mengesahkan situasi COVID-19 di Malaysia kekal terkawal dengan 11,727 kes direkodkan setakat ME19/2025, sambil meneruskan pemantauan aktif dan langkah pencegahan berterusan.
Pulau Pinang umum kenaikan elaun guru KAFA RM200 sebulan
Semua guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Pulau Pinang akan menerima kenaikan elaun sebanyak RM200 bermula Julai depan, menjadikan mereka menerima RM1,500 sebulan berbanding RM1,300 sebelum ini.

Perlindungan untuk warga emas, KKM seru ambil peluang vaksin influenza percuma
Kementerian Kesihatan memaklumkan pelaksanaan Program Imunisasi Influenza Warga Emas yang menawarkan vaksin influenza secara percuma kepada warga emas.

Lebih 31,000 bakal haji didaftarkan dalam "International Patient Summary" - Dzulkefly
Inisiatif IPS sebagai sebahagian transformasi digital yang membolehkan pengamal perubatan di Tanah Suci mengakses maklumat penting jemaah hanya dengan mengimbas kod respons pantas (QR).

Program Imunisasi Influenza warga emas bermula 18 Feb
Program Imunisasi Influenza Kebangsaan bagi warga emas akan dilaksanakan bermula 18 Feb ini.

Penderma organ masih rendah, lebih 10,000 pesakit menunggu untuk teruskan kehidupan
Lebih 10,000 pesakit menunggu dengan penuh harapan giliran untuk menerima sumbangan organ bagi memberi peluang mereka meneruskan kehidupan.

MyDigital ID diperlukan untuk log masuk aplikasi MyJPJ bermula 10 Okt
MyDigital ID Diperlukan Untuk Log Masuk Kedalam Aplikasi MyJPJ Bermula 10 Oktober Ini

Penyelidikan komponen penting tingkat status kesihatan pergigian - KKM
Persidangan NOHRI merupakan platform penting untuk memperkasakan perkhidmatan kesihatan pergigian melalui penyelidikan dan pendekatan inovatif berdasarkan data.

Tidak perlu lagi kemas kini status COVID-19 dalam MySejahtera - KKM
Jika positif COVID-19 melalui ujian kendiri, pesakit boleh mengunjungi klinik dan hospital berdekatan bagi mendapatkan pengesahan.

COVID-19: Kes melonjak ke 20,696, KKM harap dapat kawal peningkatan tanpa perlu PKP
Ahli Parlimen Kuala Selangor itu berkata, buat masa ini tiada varian baharu dikesan melainkan penularan varian sedia ada iaitu Omicron, dan sub kepada varian Omicron.

Kurang sebulan MyMinda dilancarkan, lebih 17,000 saringan mental direkodkan
Sejak perkhidmatan modul MyMinda diperkenalkan pada 21 Okt menerusi aplikasi MySejahtera, sebanyak 17,300 saringan mental direkodkan.

PRN: Pengundi positif COVID-19 mula terima panduan keluar mengundi di MySejahtera
Individu positif COVID-19 yang layak mengundi akan menerima mesej di aplikasi MySejahtera bermula hari ini hingga Sabtu.