awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 mangsa culik di selatan Filipina selamat - KPN

Hilal Azmi
Hilal Azmi
09/06/2016
04:00 MYT
4 mangsa culik di selatan Filipina selamat - KPN
Kesemua mereka kini dibawa ke Sandakan untuk pemeriksaan kesihatan. - Gambar fail
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan empat warga Malaysia yang diculik di selatan Filipina selamat.
Kesemua mereka kini dibawa ke Sandakan untuk pemeriksaan kesihatan.
Ditanya mengenai sama ada polis ada membayar wang tebusan bagi membebaskan kesemua mangsa culik, Khalid berkata pihaknya tidak membuat sebarang bayaran kepada penculik.
"Kita belum ambil keterangan daripada mangsa tetapi tiada wang tebusan dibayar polis dalam membebaskan mereka" katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad kali ke-81.
BACA: Empat rakyat Malaysia diculik di perairan Sabah dibebaskan BACA: Lanun bersenjata culik empat rakyat Malaysia di perairan Semporna, Sabah BACA: Polis Sabah sahkan empat rakyat Malaysia diculik di perairan Ligitan, Sabah
Keempat-empat lelaki berumur 21 hingga 34 tahun itu bertugas di sebuah kapal didaftarkan atas nama 'Masfive 6' dan ketika kejadian pada 1 April, mereka dalam perjalanan pulang ke Malaysia setelah selesai membawa kayu balak ke Manila, Filipina.
Mereka ialah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.
Keempat-empat individu dari Sarawak itu dibebaskan oleh kumpulan Abu Sayyaf dan telah kembali ke Sandakan awal Rabu.
Memetik laporan dari Jolo, dipercayai bahawa perunding Malaysia dan Filipina berjaya mendapatkan pembebasan empat individu tersebut selepas beberapa siri rundingan.
Topic Berkaitan
#Khalid Abu Bakr mengesahkan empat warga Malaysia yang diculik di Selatan Filipina selamat
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan