awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 pengunjung konsert Pinkfish maut, dipercayai ambil ekstasi

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
02/01/2025
12:11 MYT
4 pengunjung konsert Pinkfish maut, dipercayai ambil ekstasi
Hussein Omar berkata, pihaknya masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan perkara itu termasuk punca kematian sebenar. - Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Siasatan awal polis ke atas empat pengunjung konsert Pinkfish di Bandar Sunway, Subang yang maut selepas menghadiri konsert itu mendapati kesemua mereka dipercayai mengambil pil dadah jenis ekstasi.
Namun Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya masih menunggu laporan analisis toksikologi untuk mengesahkan perkara itu termasuk punca kematian sebenar.
Sehubungan itu, beliau memberitahu, polis membuka empat kertas siasatan membabitkan kes mati mengejut (SDR) itu bagi mengenal pasti jika wujud sebarang unsur jenayah atau keracunan.
"Sehingga ini, kita sudah merakam keterangan enam individu dan beberapa pihak lagi termasuk penganjur konsert dan rakan-rakan mangsa akan dipanggil dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Hussein turut memaklumkan, setakat Khamis, polis menerima enam laporan daripada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dan Hospital Kuala Lumpur (HKL), yang menerima tujuh pesakit yang menunjukkan simptom sama akibat dipercayai mengambil ekstasi termasuk empat mangsa yang meninggal dunia.
Menurutnya, dua daripada mereka sedang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) manakala seorang lagi sudah dicaj dari hospital.
Berdasarkan siasatan awal, beliau memberitahu, ketujuh-tujuh mereka bagaimanapun tidak hadir bersama-sama, sebaliknya datang secara berasingan sama ada bersama kawan atau ahli keluarga masing-masing.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di talian 03-78627222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#Hussein Omar Khan
#pinkfish
#konsert maut
#Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan