awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penolong pengurus rugi lebih RM1.3 juta angkara "phone scam"
Seludup e-waste: Veteran ATM bersara awal diserap untuk perkuat AKPS - Shuhaily
KKM batal notifikasi produk kosmetik beracun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 sekeluarga maut dalam perjalanan ke Langkawi sambut hari jadi 'atuk'

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
13/11/2022
07:45 MYT
4 sekeluarga maut dalam perjalanan ke Langkawi sambut hari jadi 'atuk'
Rempuhan menyebabkan pemandu meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri, menantu dan seorang cucunya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah.- Foto PDRM
ALOR GAJAH: Empat sekeluarga maut manakala seorang lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Simpang Tiga, Jalan Kolam, Machap di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi tadi, mangsa Ibrahim Daud, 71, isterinya Latipah Dorahim, 66, menantu Syazana Tharin, 30, serta cucu, Yusuf Daniel Muhammad Izwan, 5, meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala.
Difahamkan, kesemua mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima dalam perjalanan ke Langkawi bagi meraikan warga emas, Ibrahim Daud yang menyambut tarikh kelahirannya hari ini.
Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca apabila sebuah lagi kereta terlibat jenis Toyota Land Cruiser cuba keluar daripada simpang untuk membelok ke kanan sebelum hampir melanggar Toyota Estima yang sedang meneruskan perjalanan.
“Pemandu MPV, Muhammad Izwan Ibrahim, 30, yang sedang meneruskan perjalanan cuba mengelak ke arah kanan dan membrek sejauh lima meter tetapi melanggar juga Land Cruiser di bahagian kiri hadapan.
“Kejadian itu menyebabkan mangsa lelaki warga emas meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mengulas lanjut beliau berkata, rempuhan itu menyebabkan Ismail meninggal dunia di tempat kejadian manakala isteri, menantu dan seorang cucunya meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Alor Gajah.
"Pemandu Land Cruiser turut ditahan jam 11 pagi tadi semasa memberi keterangan di Balai Polis Trafik Alor Gajah dan hasil ujian saringan air kencing didapati negatif dadah," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#empat sekeluarga maut
#nahas Machap
#kemalangan Alor Gajah
#sambut harijadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan