awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KDN masih kumpul maklumat berhubung dakwaan kultus Korea Selatan
[TERKINI] Rawatan Tun M: 'Pembedahan bukan opsyen terbaik buat masa ini' - Mukhriz
Bekas Panglima Tentera Darat hadir ke ibu pejabat SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 warga Eropah hilang ketika menyelam di Mersing

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
06/04/2022
10:13 MYT
4 warga Eropah hilang ketika menyelam di Mersing
Semua penyelam itu dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol sekitar jam 12 tengah hari tadi. - Gambar/ Maritim Malaysia
MERSING: Empat penyelam warga Eropah dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman skuba di Pulau Tokong Sanggol, di sini, hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Johor Bahru menerima maklumat melalui Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya pada jam 2.35 petang berhubung kejadian itu.
Katanya mangsa terdiri daripada dua lelaki warga Britain berumur 14 dan 46 tahun, seorang wanita Perancis berumur 18 tahun dan seorang wanita Norway berumur 35 tahun.
"Kehilangan kesemua mangsa dilaporkan tekong bot yang membawa penyelam terbabit.
"Mereka dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, di sini sekitar jam 12 tengah hari tadi," katanya menerusi satu kenyatan di sini, hari ini.
Mereka dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol, di sini sekitar jam 12 tengah hari tadi
Mereka dipercayai hilang semasa melakukan aktiviti latihan selaman di Pulau Tokong Sanggol jam 12 tengah hari tadi.
Menurut Nurul Hizam, pihaknya mengaktifkan Op Carilamat pada jam 2.45 petang dengan melibatkan aset Maritim Malaysia, Pasukan Polis Marin dan Jabatan Perikanan Malaysia.
"Pencarian dilakukan dengan keluasan dianggarkan 21.45 batu nautika persegi dari lokasi penyelam terbabit hilang.
"Namun sehingga jam 4 petang, tiada sebarang penemuan mangsa yang terlibat," katanya.
Topic Berkaitan
#penyelam hilang
#warga eropah
#Mersing
#Pulau Tokong Sanggol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan