SELAYANG: Seramai 40 individu termasuk pelajar tahfiz dan tenaga pengajar Maahad Tahfiz Hidayatul Mustaqim, Selayang Baru serta ahli jawatankuasa surau berkenaan dilaporkan positif COVID-19.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Surau Hidayatul Mustaqim, Azizan Md Ali yang turut dijangkiti COVID-19 dan kini menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.
Beliau berkata, daripada jumlah itu, 32 terdiri daripada pelajar dan dua guru tahfiz serta enam ahli jawatankuasa surau.
Menurutnya, jangkitan itu dikesan selepas 27 pelajar tahfiz mengalami simptom demam pada Jumaat lalu.
"Petugas kesihatan hadir melakukan ujian swab pada hari sama sebelum disahkan positif COVID-19.
"Empat pesakit berada di Hospital Sungai Buloh termasuk salah seorang daripadanya menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) selepas menghadapi masalah pernafasan, sementara yang lainnya menjalani kuarantin di MAEPS," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.
Beliau meminta orang ramai mendoakan kesihatan mereka yang dijangkiti COVID-19, selain meminta kariah yang berjemaah di surau berkenaan untuk membuat pemeriksaan sebagai langkah pencegahan.
Surau yang turut terdapat maahad tahfiz di dalamnya dilaporkan terdapat kes positif selepas pelajarnya mengalami demam Jumaat lalu.
Surau yang turut terdapat maahad tahfiz di dalamnya dilaporkan terdapat kes positif selepas pelajarnya mengalami demam Jumaat lalu.
Pada Isnin, tular mesej dikeluarkan oleh Nazir Masjid Selayang Baru, Mizan Mamat meminta agar jemaah Surau Hidayatul Mustaqim segera membuat ujian swab COVID-19.
"Assalamualaikum. Dengan peningkatan kes positif COVID-19 di Surau Hidayatul Mustaqim dan tahfiz (hampir 50 orang positif), saya merayu ahli kariah dan jemaah yang biasa solat berjemaah di Surau Hidayatul Mustaqim untuk segera membuat ujian swab bagi membendung penularan wabak daripada lebih parah di kariah kita," menurut mesej yang tular itu.
Mesej meminta jemaah yang hadir di surau berkenaan pada 16 April hingga 23 April untuk melakukan ujian swab turut tersebar sejak Isnin.
Berita asal: 40 pelajar, AJK Surau Hidayatul Mustaqim positif Covid-19
Sinar Harian
Tue Apr 27 2021
Ujian 'swab' dilakukan kakitangan kesihatan pada Jumaat lalu. -Foto Sinar Harian
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Imam tarawih dari Thailand jadi rebutan, dibayar lima angka
Sobri dimaklumkan ada pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di sini menerima bayaran lumayan sehingga mencecah lima angka.
Wujudkan garis panduan jemputan pelajar tahfiz ke program luar - PITAS
PITAS bercadang bekerjasama dengan JAIS bagi mewujudkan garis panduan khusus untuk menguruskan jemputan pelajar tahfiz ke program luar.
Perlu lebih berhati-hati jaga sensitiviti agama dalam program hiburan - Mohd Nai'm
Katanya, walaupun program hiburan dibenarkan, sensitiviti agama, adab dan adat perlu dijaga demi memastikan kandungan yang bersesuaian.
Polis Serdang santuni 30 pelajar tahfiz sempena Ramadan, Aidilfitri
Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Darul Azhar terima pelbagai bentuk sumbangan, antaranya baju raya.
Pelajar tahfiz kongsi pengalaman jadi imam di kampung Orang Asli
Dua pelajar Tahfiz memperoleh pengalaman berbeza apabila terpilih menjadi imam di Kampung Orang Asli Sungai Gapes, Sahom, sepanjang bulan Ramadan kali ini.
Pengawal keselamatan, pelajar tahfiz mengaku tidak bersalah membunuh
Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan dan menyebabkan kematian.
Lelaki kurang siuman maut dipukul, pengawal keselamatan direman 7 hari
Mangsa sebelum itu dikatakan mengamuk sekitar Surau Pasar Kota Jembal yang terletak berhampiran ketika waktu solat zuhur sebelum pergi ke masjid berkenaan.
Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan
Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas
Mangsa dikatakan tergelincir ketika mahu mengambil bola yang terjatuh ke dalam tasik.
90 pelajar tahfiz berdepan detik cemas hadapi banjir
Seramai 90 pelajar tahfiz dan enam guru Madrasah Darul Bayan Pondok Pinang Merah berdepan detik cemas apabila madrasah mereka dinaiki air secara mendadak.